Selalu benar aku meminta
Bermacam-macam ikut rasa
Tak kira masa tak kira ketika
Pantang terlintas
Kutambah doa
Akhirnya panjang berjela
Suatu hari aku bertanya
Apa aku beri kepada Dia
Samakah berat dgn doaku yang selembar dunia
Atau hanya rakus manusia
Tahu meminta selagi tersisa?
Kini kusekat masa, kusekat deria
Kuhijabkan segala minta
Satu saja aku mahu kukira
Cukupkan bagi aku yang hina
Cuma Allah dan RasulNya
by: Jaime Othman 4.25pm 17/1/11
No comments:
Post a Comment