Monday, January 24, 2011

Qalbu

Iman itu runtuh

Ranap, rapat ke bumi

Kerana lekanya hati


Iman itu susut

Surut tidak bisa ditahan

Hilang dalam keriuhan

Hanya qalbu yang sedar,

Semakin kehilangan.


Merangkak-rangkak

Mencari tangan pautan

Atau rendangnya dahan

Namun redup itu

Tak meneduhkan gundahnya hati

Yang rawan

Kejatuhan iman


Allah bantulah aku

Peliharalah qalbuku

Dari berpaling dari mu

Kerana aku sangat tahu

Tidak sedetik waktu

Berlalu tanpaMu.

by:JJo 24/1/11


1 comment:

  1. Takkala hati gering,
    Dan hidup mula terasa kering,
    Syukurilah suatu kegeringan,
    Kerna tandus Cinta yang membawa kekeringan,

    Sentiasa membuat diri kembali beringat,
    Untuk menyuburkan Cinta,
    Dengan bersiram air mata rindu,
    Berbajakan ketaatan padaNya...

    Semoga diriMu sentiasa dilindungi Ilahi,
    Jatuh bangun kembali! :)

    ReplyDelete