Sunday, November 13, 2011

The Beauty of Yusuf a.s

Zulaikha’s love, longing and obsession for Yusuf a.s was narrated as very deep. It is said that it came to a point where, every time she looks up the sky and sees stars, she’d see Yusuf’s name scribbled all over them. Then, everyone that passed her by and praised Yusuf’s beauty or said that they had met Yusuf on the way there would be given her jewelary and accessories as presents. At the end of the day she was left with nothing as all her possessions were given away as a symbol of her love for Yusuf though many did not actually meet Yusuf but took advantage of her bizarre and foolish fascination towards Yusuf a.s.

But, yes, it was that extreme.

However after Zulaikha was finally married to Yusuf a.s, the nur of her eyes, she came to realize that he, (Yusuf a.s) actually stepped into her life with this knowledge about ‘something’ which she had never had that much before; that is on God (Allah).

Zulaikha then learned more about Allah and this is what she said after she knew what she was learning about “ …the infatuating beauty of you on me was before I know Allah. But now I have no love left in every inch of me, but for Allah solely”

SubhanAllah!

Itu lah kuasa ilmu, merubah hati yang buta menjadi celik cerah bercahaya. Mengubah ketaksuban yang bengkok terbias mahkluk kepada kelurusan jalan yang hakiki kepada Ilahi.

Ya disini kita melihat, Zulaikha setelah mengenali Allah lalu hanyut dalam kekusyukan pengalaman rohani dengan Ilahi lantas menolak cinta manusia. Namun, itu bukanlah isi perkongsian ini, bukan juga menyarankan kita semua pergi meninggalkan segala-galanya untuk berada di tahap itu, ianya sekadar coretan pertengahan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha yang lebih panjang hikayatnya bagi menunjukkan betapa ilmu itu nadi di dalam beragama, ibarat air di gurun Sahara.

Juga betapa harus adanya ilmu buat penyuluh kegelapan kerana Ilmu dan pengehuan tentang Allah itulah yang menuntun Zulaikha lantas membuat dia menyedari bahawa selama ini dia telah tersalah menafsir keindahan dan meletakkan pada tempat yang salah, kerana indah yang kemudiannya dirasai dengan jelas mengalahkan keindahan manusiawi yang hanya terzahir di kaca mata manusia.

Selamat menuntut ilmu dan beramal soleh kerana ilmu yang benar akan menuntun kita menjadi manusia yang paling bersyukur lantas paling bersemangat untuk membenarkan jalanNya.

Di bawah langit biru, kuserukan namaMu, keranaku tahu Engkaulah Tuhanku

Di atas rumput hijau, ku bersujud padaMu, keranaku tahu akulah hambaMu, ya Allah – Ungu (Tuhanku)