Wednesday, August 3, 2011

Mengundang Malaikat


Datang dia membawa tamu,

Bisu tanpa suara,

Mungkin hanya berpena,

Sibuk,

Mencatat ceritera,

Kisah kita hamba, di malam-malam pesta

Diberi salam,

tersenyum manis

Mendengar hamba berlagu sayu,

Menangis,

Bercerita kisah lalu

Mengharap catatan baharu

Buat memadam kedegilan dulu.

Bersesakan di rumah kerdil,

Katanya bersayap indah,

Membawa bersama berkah,

Dari Sang Khaliq penuh rahmah.

Buat bekal ,menyebar maqfirah.

Melukis awan tatkala subuh hari

Pulang ke syurga membawa berita

Oh terlalu ramainya mereka,

Hingga matahari hilang cahaya,

Angin, tak berupaya,

Hanya mampu terpana,

Menduga-duga.

Amalan siapakah itu? Mungkin katanya.

Bercahaya laksana permata syurga,

Berseri mudah mengalahkan mentari,

Malaikat tersenyum sendiri.

Ini rahsia Ilahi

Lalu ia terbang, menghilangkan diri.

Malaikat oh malaikat

Sudikah bertamu?

2 comments:

  1. sama-sama manfaatkan waktu yang dipinjamkan sepanjang ramadhan ini!

    moga kita termasuk di kalangan orang-orang yang berbahagia kerana bertemu dengan Kekasih Agung di sana nanti insyaAllah!

    ReplyDelete