Saturday, December 18, 2010

Krisis Keyakinan

gambar ni takde kaitan sebenarnya, Aku saja je hihi abaikan

Apabila diuji kerapkali kita melihat ujian itu sebagai satu seksaan dan malapelaka yang kadangkala kesedihan atau kegusaran itu berapa di tahap melampau-lampau. Kita menangis semahu-mahunya, bercerita tidak henti-henti dan menyalahkan diri sendiri dan orang sekeliling yang boleh disalahkan. Terlalu cepat kita melatah. Terlalu dangkal dan singkat sekali pemikiran kita yang pada dasarnya dilapisi ilmu agama. Tanpa kita sedari cerminan ini jugak mungkin bermakna kerendahan iman.

Di luar kotak musibah, boleh sahaja kita menasihati orang lain agar bersabar, supaya banyakkan berserah kepada Allah, bertawakkal dan redha dengan qada’ dan qadar tetapi lihatlah saja berapa ramai antara kita yang akhirnya memakan kata-kata sendiri apabila dihembus angin musibah. Kata-kata nasihat yang bersemangat keluar dari mulut kita sendiri kini pudar dan longlai dipukul ujian dunia. Mungkin ada yang kata
’Tak rasa mana tahu. Kena batang hidung sendiri baru tahu’

”Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan...?” (al-Shaf:2)

Mengapa ini terjadi?

Mengapa ada di antara orang-orang yang lebih dulu ’makan garam’ dan mereka yang dalam ilmu kefahamannya tentang hakikat dan takdir Allah juga tidak terlepas dari berkelakuan demikian walaupun mereka tahu ilmu agama? Mereka sepatutnya lebih arif bukan?

...................

Ini kerana kita tidak bercakap soal ilmu. Kita bercakap berkenaan satu kuasa yang jauh lebih kuat dari ilmu yang tersimpan di otak – akal fikiran. Kita bercakap tentang hati. Organ yang menjadi raja kepada tubuh badan setiap dari kita. Jika baik hatinya maka baiklah keseluruhannya.

Hati lah yang membimbing kita untuk kuat menghadapi kesusahan atau ujian Allah. Kerana di hati tersimpannya keyakinan yang tidak bisa muncul melalui ilmu pengetahuan yang kita perolehi semata-mata. Keyakinan dari hati itu terbit tidak lain tidak bukan bersama iman – iman yang datang daripada ilmu pengetahuan yang disertai amalan. Disebabkan itu, mengetahui tidak semestinya meyakini lantas bisa dizahirkan keyakinan itu dengan perbuatan.

Mengetahui itu berpangkalan di otak manakala meyakini berpangakalan di hati dan bersangkutan dengan perihal iman seseorang. Oleh yang demikian, boleh sahaja kita menyuruh seseorang bersabar menghadapi kematian ibu atau ayah tersayang atau difitnah rakan sekerja, dan pasti orang yang ditimpa musibah itu juga tahu dia harus bersabar, tetapi setakat mana kemampuannya untuk bersabar itu bukan di dalam kawalan pengetahuan tentang kesabaran itu. Kemampuan itu ditentukan oleh kekuatan hati dan keyakinan terhadap takdir, qada’ dan qadar’ dan janji-janji Allah sendiri.

Tidak yakinkah kita perjuangan kita dalam bersabar dan terus mentaati perintah Allah ini yang sememangnya tampak berat ini akan di balas dengan balasan lebih baik?

Jika tidak upaya bersabar, redha, tidak ada salah siapa-siapa, salah kita yang tidak yakin. Tidak yakin dengan janji Allah dan lemahnya kita dalam mengenal sifat-sifat Allah. Kita mungkin fasih melaungkan asma-ul-husna tetapi mungkin juga gagal dalam meyakini kebenaran nama-nama Agung yang basah di lidah kita. Bila difikirkan aku sendiri rasa malu dan terlalu daif dan super duper kerdil hendak mencongak iman yang ntah hanya berada di tahap mana kalau hendak dihitung berdasarkan hal ini semata. Disebabkan itulah, kadangkala, mungkin selalu juga kita gagal tenang apabila berhadapan dengan konflik dalam kehidupan seharian.

Sahabat-sahabat yang dikasihi, aku menulis bukan untuk memandai-mandai meneliti kesalahan orang lain tetapi menasihat diri sendiri dan sebagai nota fikir bersama yang aku harap dengan izin Allah dapat menjadi titik bermulanya usaha untuk sama-sama meneliti dan memperbaiki diri dalam mensyukuri nikmat Islam yang kita dapat percuma ini.

Benarkah cinta kita pada Allah jika sifat-sifat Allah pun kita gagal percaya dan yakin?

Di dalam Islam sistem keyakinan itu hakikatnya berada pada tahap foundation atau background dalam beragama. Rukun iman sendiri berkisar tentang kepercayaan yakni keyakinan kita kepada 6 perkara pokok. Dan enam perkara pokok ini sememangnya adalah perkara-perkara ghaib yang tidak bisa kita lihat dengan mata kasar kecuali kitab Al-Quran. Mengapa perkara ghaib? Kerana Allah hendak menguji keyakinan kita. Yakni Haqqul yakin, keyakinan sepenuh hati tanpa melibatkan bukti atau akal. Keyakinan yang diharapkan ini juga membawa maksud keberserahan secara total kepada Allah tanpa bersebab atau bukti. Ringkasnya, Allah mahu kita percaya dan yakin hanya kerana Allah mengatakannya sebegitu.

Teladan Sahabat

Dalam meneladani Haqqul Yakin, satu ketika, di waktu berlakunya peristiwa Israk Mikraj, betapa ramainya yang tidak yakin dengan kenyataan Nabi SAW bahawa beliau telah dijalankan oleh Allah di waktu malam ke Baitulamaqdis Masjid Al-Aqsa daripada Masjidil Haram pada malam yang sama diangkat hingga ke Sidratul Muntaha. Menurut tafsiran Sya’rawi, ramai yang tidak percaya sehingga ada yang murtad sementara golongan kafir Mekah lebih ke arah memaksa Nabi SAW mengaku yang perjalanan itu cumanya perjalanan roh yakni mimpi dan bukan jasad kerana ianya lebih logik dan boleh diterima akal.

Namun di kala itu, Abu Bakar sahabat Nabi SAW menerima berita itu dengan penerimaan seorang mukmin yang membenarkan peristiwa itu.

”Jika Muhammad berkata demikian maka dia benarKemudian dia berkata lagi,
”Bahkan kita mempercayainya jika dia mengatakan yang lebih jauh dari itu, kita telah mempercayainya dalam hal berita langit (wahyu), lalu bagaimana kita tidak mempercayainya dalam hal ini?”

Sayu memikirkan betapa tingginya iman Abu Bakar yang diterjemahkan melalui keyakinannya secara total kepada Rasulullah tanpa memerlukan bukti atau dalil. Begitukah kita? Hikmah kejadian israk’ Mikraj ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai ujian keimanan dan permbersihan keyakinan manusia sehingga tidak menetap orang-orang disekeliling Rasulullah melainkan mereka yang memiliki keimanan dan keyakinan yang kuat yang tidak dapat digoyahkan.

Ashabul Kahfi

Kisah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi sekali lagi mengajar kita tentang keimanan. Perjuangan mereka melarikan diri ke sebuah gua (yang sepatutnya; zahirnya sempit) bagi menyelamatkan akidah dan keimanan adalah berdasarkan prinsip keyakinan juga.

Cuba kita bayangkan, mereka semua pergi perlindung ke dalam gua dan meninggalkan semua harta, keluarga dan segala-galanya yang mereka miliki. Modal yang ada dibawa cuma agama yakni keimanan, ke tempat yang sempit yang tiada apa pun di dalamnya yang boleh menjamin kehidupan mereka. Namun sedikit tidak terdetik di hati mereka untuk gusar dan risau ketika itu kerana mereka yakin mereka mempunyai Tuhan yang akan menguruskan semua urusan mereka dan mereka cuma berdoa sepenuh hati.

Kemudian Allah menjawab doa mereka. Allah menghadiahi keimanan mereka dan mencukupi keperluan mereka dengan sesuatu yang diluar logik akal.

”Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu” (Al-Kahfi: 11)

Mengapa ditutup telinga? Kerana Allah mahu membenarkan mereka tidur yang tidak akan diganggu dengan apa sekali pun kerana telinga merupakan organ yang masih berfungsi di kala kita masih tidur. Dengan tertutupnya telinga, Allah menidurkan mereka selama kurang lebih 309tahun sekaligus mencukupkan keperluan mereka untuk hidup sedangkan mereka tidak sedar langsung akan hal itu.

Mengapa mereka dibantu? Kerana yakin. Kerana keteguhan hati dalam beriman kepada janji Allah dan beramal untuknya.

”Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, ’Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian, telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran” (al-Kahfi; 14)

Halangan

Lalu apa yang menghalang kita daripada meyakini janji Allah? Tidak cukupkah pengajaran dari dalam Al Quran mengenai janji-janji Allah yang tepati dengan kurnian terbaik di luar imaginasi kita? Aku mengira ini tidak lain tidak bukan kerana kerendahan iman kita sendiri.

Kita terbiasa melihat ’alat atau medium’ yang digunakan untuk menguji kita sebagai penyebab utama dan bukanlah Allah. Dalam ayat yang lebih ringkas kita mahu ’someone to put the blame on’. Lemah benar iman kita. Sedar tidak sedar kita sudah terlalu terbiasa menjadikan manusia, kejadian atau material sebagai sebab musabab terjadi sesuatu. Kita gagal dalam meyakini semuanya datang dari Allah dan ini semua hanyalah ujian. Hati ini terlalu keras untuk memahami yang semua ini berlaku hanya berlaku kerana Allah mahu ianya berlaku. Kerana jika Allah mentakdirkan sesuatu ke atasmu, nescaya seluruh cakerawala akan bekerjasama menjalankan ’kun’ Allah itu, tetapi seandainya tidak ditakdirkan berlaku, bekerjasamalah keseluruhan jin dan manusia pun, tidak akan bisa membuatkannya terjadi.

Jenuh juga mengingatkan diri berkali-kali di kala terjadinya apa-apa masalah yang sebenarnya kita semua sedang diuji Allah sebenarnya.

Buat sahabat dan diri sendiri, takdir Allah itu sudah tertulis. Apabila dikunjung kesempitan, masalah, konflik, ujian, kesedihan, musibah yang menggoncang keyakinanmu, kembalilah kepada Allah. Tidak usah berterus-terusan melawan takdir dan menyalahkan dunia sekeliling. Kita diuji kerana Allah masih sayangkan kita dan masih mahu menunjukkan jalan yang lurus kepada kita agar tidak dibiar hanyut,leka dan alpa dalam keseronokan, kegembiraan sementara yang belum tentu baik buruknya.

Yakinlah apa sahaja yang hilang; sahabat, kepercayaan, harga diri, saudara, kegembiraan, kebiasaan, kemewahan, maruah, keyakinan diri, atau anak, yang gantian Allah atau balasan atas kesabaran dari kehilangan itu adalah lebih baik. Yang pasti yakinlah kita, seyakin-yakinnya barulah Allah akan memberi yang terbaik kepada kita. Bukankah Allah itu mengikut sangkaan kita terhadapNya?

Penutup

Di dalam kisah Nabi Musa, Allah memberi jaminan kepada bonda Nabi Musa apabila dia perlu menghanyutkan Musa ke sungai. Dalam jaminan Allah, Allah telah menyebut Dia menguatkan hati bonda Nabi Musa supaya iman menjadi kuat dan mampu bersabar serta percaya kepada janji Allah. Kerana secara logiknya ibu mana yang sanggup menghanyutkan anak sendiri di dalam sungai daripada menjaganya sendiri, walaupun keadaan memaksa. Sesungguhnya Allah lah yang memberi ilham dan keyakinan itu.

”Dan hati ibu Musa menjadi kosong, Sungguh hampir saja dia menyatakan (rahsia tentang Musa) seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, agar dia termasuk orang-orang yang beriman (kepada janji Allah) (28:10)

Syaratnya kita harus berada dalam kategori orang beriman yakni yakin dahulu. Di dalam surah al-Fath Allah menyebut sekiranya Dia mengetahui keimanan ada dalam hati salah seorang hambanya, pasti Dia akan menurunkan ketenangan ke dalam hati orang itu pada saat terjadinya musibah.

”Sesungguhnya Allah reda kepada orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)” (48:18)

Renungan

Ketika Nabi Ibrahim mahu meninggalka Siti Hajar di tanah gersang dan kontang yang mana tidak ada hidupan pun di situ, Siti Hajar betanya,Disinikah kami ditinggalkan? Apakah kamu meninggalkan kami di sini atas pilihanmu atau atas pilihan Tuhan?”

Ibrahim menjawab:
”Ini adalah perintah Allah”

Hajar membalas dengan yakin:
”Kalau begitu kami tidak akan ditelantarkanNya”

SELAMAT MENYEMAI KEYAKINAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA ALLAH


Allah is near, dekat dari urat nadimu.

Rujukan:
Lautan Maha Kasih dalam Kisah – saduran tafsir Sya’rawi (2008) – Pustaka Jiwa
Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi (2009) -PTS

Tuesday, December 7, 2010

Nota Tahun Baru

Unta sedang bersiar-siar bersama sanak saudara ditemani gembala

Setahun lagi berlalu meninggalkan kita. Tatkala menjelang malam Awal Muharram atau Maal Hijrah, pesanan ringkas masuk bertalu-talu daripada sahabat, rakan sekerja, teman lama hatta sehingga pesanan ringkas dari nombor-nombor yang tidak dikenali pun turut mengambil peluang mendoakan keselamatan dan rahmat untuk tahun baru dalam kalender Islam yang bakal menjelang. Amin itu saja yang boleh dikatakan.

As my eyes tip toed through the messages sent, I tried to digest the meaning beneath the word Hijrah. Samakah sambutan Awal Muharram dengan menyambut tahun baru kalendar Gregory? Dari segi penerimaan masyarakat setempat, lebih kurang sahaja, cumanya doa akhir tahun dan doa awal tahun akan di baca ketika selepas solat Asar dan Maghrib bagi memohon ampun, rahmat dan keberkatan daripada Allah swt bagi tahun yang mendatang manakala bagi tahun Baru, lebih banyak di sambut dengan letupan bunga api dan mercun.

Sesekali ada juga ceramah Maal Hijrah yang menceritakan semula kisah Hijrah Nabi Muhammad saw ke Kota Madinah bersama Kaum Muhajirin. Penceramah akan menyampaikan ceramah dengan bersungguh-sungguh manakala pendengar pula akan mengangguk-angguk kepala tanda faham dan setuju. Sesekali penonton akan tersenyum mendengar penceramah membandingkan zaman Nabi saw dan zaman sekarang. Namun keesokannya, kesemuanya kembali seperti biasa, semangat ceramah semalam untuk menjadi manusia baru yang ber’hijrah’ hilang entah ke mana dan hari berlalu dan terus berlalu sehingga sampai ke sambutan Maal Hijrah tahun hadapan pula. Di situ rutin ini berulang lagi.

Hanya setakat mengulang-ulang fakta sejarah terjadinya hijrah di zaman Nabi Muhammad saw dan termeterainya Perjanjian Aqabah sahaja kah erti Hijrah ini? Sekadar menonton sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di kaca televisyen sahaja kah erti Hijrah ini?

Sahabat yang dikasihi, tidak sekali-kali tidak. Roh sebenar hijrah itu terletak pada penghayatan butir-butir perjanjian al-Aqabah kedua dan kesan penghijrahan terhadap Islam dan diri sendiri.

Hari ini masuklah tahun kelima aku ber’hijrah’. Dan kekuatan hijrah itu tidak datang dari siapa-siapa kecuali Allah swt. Hadiah hidayah yang Allah berikan di tengah jalan raya di tanah asing jauh dari tanah air sendiri tidak mungkin aku dilupakan. Siapa sangka di antara semua tempat di dalam dunia ini, disitu Allah memilih untuk mentarbiah, mengingatkan, mengetuk hati dan melimpahkan kasih sayangNya yang mengalir deras yang tak henti aku syukuri kepada aku dan rakan-rakan seperjuangan.

Dan ’hijrah’ itu bukan mudah, ’hijrah’ itu juga bukannya datang ibarat ombak besar yang bisa menghanyutkan kota kejahilan dan kemaksiatan sekali lalu sahaja. Angin ’Hijrah’ itu harus dikekang agar tidak hilang, dididik, dilentur, dipelihara agar bisa membibitkan perubahan-perubahan kecil yang istiqamah. Yang penting istiqamah dan serahkanlah kepada Allah untuk memberi kekuatanNya kepadamu. Ingatlah perjuang menuju Allah itu, pasti disambut dengan bantuan Allah kerana Allah telah berjanji

“Whosoever shows enmity to s
omeone devoted to Me, I shall be at war with him.” (Bukhari)

Setelah 5 tahun memilih jalan yang baru, aku masih terumbang-ambing dan hatiku masih hitam berdaki dengan kecintaan pada dunia dan isinya. Dalam pencarian yang masih jauh dan perjalanan yang masih panjang kerana lewatnya memulakan ’perjalanan’, hari-hari aku bersyukur kerana masih dipinjamkan nyawa untuk terus mencari cinta Allah yang hakiki. Bagi sahabat-sahabat yang telah lama memulakan ’perjalanan’ ini bersyukurlah dan berterima kasihlah kepada Allah kerana menjadi insan terpilih yang tidak tersesat di awal perjalanan.

Namun aku kira yang paling penting, apabila Allah menghantar hidayah mengetuk jendelamu, bukalah jendela itu, biarkan ia masuk, kerana mungkin hanya sekali itu saja ’hadiah’ itu dihantar kepadamu.

Salam Maal Hijrah dan Selamat Terus Bermujahadah. Semoga Allah meminjamkan setahun lagi untuk kita manfaatkan sebaik-baiknya. Amin.

“Know that with patience comes victory, after suffering comes relief, and with difficulty comes ease.” (Tirmidhi)

Tahun Baru

Setahun berlalu Allah masih berikan nikmat nyawa untuk meluruskan yang dulu bengkok, yang kusut menjadi licin, yang hilang agar ditemui, yang kosong agar diisi, yang hitam untuk dibilas putih, yang jahil agar tidak lagi, yang hina untuk menjadi mulia. Syukur ya Allah, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Salam Maal Hijrah

Wednesday, December 1, 2010

Nikmat Iman


"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar," (2:155)


Jika di baca dan diteliti kisah-kisah yang tertulis di zaman Rasul-rasul, ternyata cara menyerapnya masuk iman ke dalam hati berbeza-beza jalannya.

Anugerah Iman

Ada antara sahabat yang sememangnya terjaga akhlaknya sedari kecil seperti Ali bin Abi Talib kerana begitu akrab dengan Rasulullah, justeru beriman dari awal. Ada juga sahabat seperti Umar Al Khattab yang pada awalnya bermati-matian menentang Rasulullah tetapi setelah mendengar bacaan ayat Al-Quran lantunan adindanya, telah meresapnya iman di dalam hati, menjadi terlalu mencintai Rasulullah.

Jika kisah awal juga hendak dihitung, Iblis laknatullah juga lebih tinggi keimanannya kepada Allah sebelum terciptanya Nabi Adam a.s. Sujud dan rukuk beribu-ribu tahun sehingga disayangi Allah dan dilantik sebagai ketua malaikat, iblis diberi nama Azazil. Cuma satu sahaja kekurangannya, tatkala telah banyak beribadat, Azazil kecundang dalam menerima takdir Allah menyuruhnya memuliakan Adam. Kerana kejadian inilah Azazil tidak lagi digelar Azazil, sebaliknya iblis dan dilempar keluar dari syurga.

Kisah awal keimanan yang cemerlang juga boleh dilihat di dalam kisah Bal’am bin Baura’. Di zaman Nabi Musa itu hidup seseorang yang bernama Bal’am bin Baura’.Kerana kealiman dan ketaatannya, Allah telah memberi keistimewaan kepada Bal’am iaitu, apabila dia melihat ke langit, maka ia dapat melihat ‘Arasy Allah. Namun, tatkala disayangi Allah dan berada di kemuncak, Bal’am lupa diri dan menidakkan kekuasaan Allah dan akhirnya Allah telah mencabut makrifatnya, dan menjatuhkannya ke dalam kesesatan sehingga selama-lamanya.

Laluan iman juga tidak mengenal keturunan. Nabi Nuh sendiri tidak dapat mentauhidkan anaknya agar beriman kepada Allah sedangkan dia seorang Rasul. Akhirnya anaknya tenggelam di dalam banjir besar kerana tidak mahu menaiki bahtera ayahnya dan rela bersembunyi di atas bukit seperti orang fasiq yang lain.

Hadiah Allah

Pokok pangkalnya, iman itu adalah anugerah Allah. Dan hanya Allah sahaja yang mengetahui siapakah antara kita yang lebih layak diberi petunjuk dan dengan cara apa atau bila waktunya iman akan terserap di dalam dada.

Tidak dipilih Allah bermakna, tidak ada jalan keluar, tidak kira siapa kita. Bersyukurlah kerana walaupun pengorbanan kita untuk agama tidak sebesar mana, mungkin lebih kecil dari hama, kita tetap terpilih untuk beriman Insya Allah sedangkan Abu Talib yang berkorban jiwa dan raga sehingga ke akhir hayat mempertahankan Rasulullah tidak juga dipilih Allah untuk beriman.


Hari ini

Hari ini, betapa takjubnya manusia dengan salahsilah keturunan dan imej beriman yang diwarisi keluarga sehingga kadangkala mengguris hati orang lain yang ber’kasta’ biasa-biasa saja. Tidak sedarkah kita yang jika benar selama ini keluarga kita dipilih untuk terus dilimpahi keimanan yang tinggi bahawa ini semua adalah nikmat berharga yang Allah berikan dan kita hanya bernasib baik terpilih dan nikmat ini boleh ditarik bila-bila masa sahaja? Tidak sedarkah kita di luar sana berapa ramai orang-orang beriman yang diuji imannya oleh Allah dan diberikan anak-anak yang derhaka, fasiq dan lupa daratan tetapi masih bersyukur kepada Allah. Betapa sedikitnya kesyukuran kita kepada Allah dan betapa bongkaknya kita memandang manusia lain yang diuji Allah dengan jalan permulaan yang gelap.

Kadangkala kita sibuk, mencongak susur galur keluarga orang lain meneliti setinggi mana iman keluarga itu. Tidak pernahkah kita dengar, iman tidak boleh diwarisi? Kita berasa tidak layak untuk bersuami, beristeri,atau bermenantukan orang yang tidak ditakdirkan Allah untuk menikmati pendedahan agama yang mantap sejak kecil. Kita pantas melabel, memberi kasta, atau meneka-neka orang sebagaimana yang layak buat orang seperti ini, memandang kejahilan yang dan kekurangan ilmu agama, dan kerendahan iman di masa lalu sebagai cermin memandang masa hadapan.

Sedarlah iman ini anugerah Allah yang sangat bernilai. Nescaya jika boleh memilih, manusia mana yang mahu beriman dan bertaqwa dilewat usianya? Tapi qada’ dan qadar Allah itu ada sebabnya yang tidak diketahui manusia.

Kehormatan itu bukan diukur dengan jenis apa yang dilahirkan. Kemuliaan di sini adalah milik Allah, rasul dan orang-orang mukmin yang diberikan husnul qotimah. Kita menjadi mulia kerana keimanan yang dianugerahkan Allah dan bukan kerana keturunan kerana itu bukan jaminan untuk kita turut beriman sehingga ke akhir hayat. Berapa ramai juga manusia yang pada awalnya beriman tetapi akhirnya kecundang dan menemui su-ul qotimah. Tegarkah kita berbangga menjadi Bal’am dan seperti Azazil yang masyur pada awalnya tetapi tewas dihujungnya. Hidup ini bukan berkenaan bila ia bermula tetapi bagaimana ia berakhir.

Ibrah Kisah Nuh a.s

Tatkala anaknya yang kafir dipanggil oleh Nabi Nuh ”Hai anakku naiklah ke kapal bersama kami dan janganlah berada bersama orang-orang kafir” Anaknya menjawab ”Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!”
Nuh berkata,
Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (sahaja) Yang Maha Penyayang” (Hud;42-43).

Nuh mengenang anaknya, dia sangat khuatir akan keselamatannya dan berkata,
”Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku, termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar” (Hud; 45)

Tapi Allah menjawab,
”Dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatannya) adalah perbuatan yang tidak baik” (Hud;46)

Ibrahnya, anak disini bukanlah keluarga Nuh kerana status anak disini bersifat amal bukannya darah atau nasab keturunan. Benarlah bahawa manusia itu mencintai kehormatan dan mencarinya untuk diri sendiri, tetapi hendaklah ia melihat kehormatan hakiki dan apa sebab-sebabnya.

Ambillah kehormatan bersama Allah, rasul dan lingkungan iman maka seluruh anak-anak akan menjadi anakmu kerana mereka bersamamu dalam keyakinanmu terhadap Allah dan keimananmu kepadaNya.

Tetapi jika kita mencari kehormatan dengan jalan kita sendiri dengan menganggap nasab keturunan kita adalah sebab musabab kehormatan kita, siapa yang akan menjamin bahawa kita akan menemui penghormatan di dalamnya di masa hadapan?

Siapa juga akan menjamin buruk sangka kita terhadap kelewatan Allah mengurniakan keimanan di hati orang lain, padahal Allah lebih mengetahui yang terbaik?

"Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak-anak kamu adalah cubaan," (8:28).

Ketahuilah yang tidak ada suatu pun yang berlaku tanpa Allah mengetahuinya dan berbaik sangkalah terhadap Allah dan makhluknya. Biarlah gelap jalan awalnya asalkan terang laksana purnama di akhirnya daripada semulia Azazil awalnya akhirnya terlempar ke neraka. Allah sedang menguji hatimu dan hatiku tapi antara kita ada yang akan tewas diuji, Semoga Allah menjauhkan kita dari menjadi golongan yang tewas itu dan menggolongkan kita dikalangan hambaNya yang bersyukur. Amin.

Marilah kembali kepada Allah.Buanglah jauh-jauh jubah kesombongan itu kerana ia tidak bisa membawa kita ke syurga. Bersyukurlah kepada Allah dengan segala nikmatnya, apabila kita merasa telah baik, percayalah ada yang lebih baik dari kita tetapi jika kita berasa lelah dengan ujian Allah,percayalah ada yang lebih lelah dan teruk diuji. Selamat bermujahadah! :)

Saturday, November 27, 2010

Love Letter

(my version of love letter, altered and changed according to my feelings from the one i got from Farah)
For you that I always love,

How are you doing? How’s the weather there? Does it rain like it did here today?
No matter where you are, do know that my boundless prayers to Allah for your wellbeing and for you to have a blissful life are with you every single time I wrapped up my daily prayers.

Lately, I’ve been tested with a number of tests by God but I am quite happy to tell you that I think Allah have made me such a better person through these tests. At times, I talk to myself and wonder about you. You must be really special as I have gone through so much to meet you, in which it never crossed my mind that it would be this challenging : )

You live your life according to Sunnah. You prostrate yourself to Allah from dawn till night. You weep secretly at night for your wrongdoings and mistakes. You praised Allah for every single nikmah that He provides you with. Your heart fills with His grace and your heart swells with love for Muhammad pbuh. You watch the sky during the day and night and your heart flutters in mesmerism for His magical creation. You call yourself rich but not with material wealth. You are rich with love towards our Creator and the creations and i guess that is more than enough for me.

You try you best to improve yourself and become a better Muslim. You dream to uplift the pillar of Islam at its highest point and you want to contribute something for our religion. But at the end of the day, you still feel that there’s an empty space somewhere in your heart. That’s because Allah has intentionally spare that empty space for a special person. That is, your wife, the one who is made from your left rib, designed by Allah just for you. And your heart longingly misses her although you might not have met her yet.

My dear,
Although I DON’T KNOW YOU YET, you may be someone I know. Or maybe not. I know you are pursuing the best of your life as a Muslim, as well as your best being a husband.

I will wait for you because I believe that you will look for me : )

I just want to say, I love you and I miss you so much. Lillah. Be a good servant of Him, be a good son, brother. When the time arrives, you will find me and we’ll stroll down this journey call life together as life partners to gain Allah’s love for the hereafter. Amin

Take care,

4 Perkara Yang Harus Disembunyikan


  • Musibah

  • Kelebihan

  • Sedekah

  • Kesakitan

Taubat


Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

penyanyi: Opick

Monday, November 22, 2010

Jalan Tun Tan Cheng Lock?

To choose to be in God-driven path invites countless obstacles and test. Like they say, life is a test. Well, it is a test. The tests come in strings, like you’re playing tennis with a pro – it comes one after another, nerve wrecking, heart wrenching, soul shaking and of course patient testing. Life isn’t a fairytale you see.

And Allah had already mentioned about this in the Holy Quran. But the main point is knowing does not define understanding and absorbing the facts taught that you have all the patience is the world to face the test with a heart wide open ‘berlapang dada’ .Only piety (taqwa) can lead you to stroll down the path of Allah like breathing the air.

“Berbekalkah! Dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa” (al-Baqarah:197)

And piety will mould patience so that it sticks in one’s heart.

Sesungguhnya Kami mendapati ia (Ayyub) seorang yang sabar. Ia adalah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya ia amat taat (kepada Rabbnya).” (Shaad: 44)

Why does it have to be patient and not other values? Because patience umbrellas all other values. To have patience means that you have embraced the 6 pillars of iman wholeheartedly.

The six pillars of iman MAY look simple but when it comes to believing in qada’ dan qadar especially how many of us could still pass with flying colours. In order to really embrace this pillar, sincerity needs to take place together with patience.

“Agar engkau dapat tenang dan konsentrasi penuh dalam beribadah kepada Allah. Sebab jika engkau tidak bersikap rela dengan qadha’ Nya maka hati dan pikiranmu akan dipeuhi oleh rasa cemas dan ragu-ragu. Engkau akan selalu bertanya: Mengapa demikian? Dan mengapa itu terjadi? Bila hati ini sudah dipenuhi perasaan dan pikiran yang mengganggu, bagaimana mungkin bisa tenang dan kusyuk beribadah? Bila hatimu yang Cuma satu itu disesaki dengan pelbagai urusan dunia, lantas mana tempat yang tersisa untuk berzikir kepada Allah dan beribadah kepada-Nya, serta memikirkan akhirat” (Imam Al- Ghazali, Minhajul Abidin)

A patient person is also constantly promised by Allah for good news, dua’ and blessing (rahmat) from Him.

“Dan berikahlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah dan akan dikembalikan kepada-Nya”
(Al-Baqarah :155-156)

Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka” (al-Baqarah: 157)

Those who are patient are also loved by Allah,

“Allah menyukai orang-orang sabar” (Ali ‘Imran: 146)

Once the Prophet mentioned that,
“Tidak ada pemberian Tuhan yang diberikan kepada seseorang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran

Abdulllah bin Umar r.a also once said;

“Seluruh kebaikan orang-orang mukmin itu terkumpul dalam sabar yang hanya sesaat itu”

“Orang-orang yang lebih memilih akhirat daripada dunia itu akan mengalami cubaan yang lebih parah dan lebih banyak. Semakin ia dekat kepada Allah, maka musibah dan ujian dunia akan lebih banyak dan lebih keras menerpanya. Tidakkah engkau mendengar sabda Rasulullah saw.,

“Manusia yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian para ulama, kemudian orang yg terbaik dan kemudian yang terbaik di bawahnya’

The question is, takutkah kita untuk menyelusuri jalan ini? Sesungguhnya jalan ke syurga itu penuhi duri dan kesulitan tetapi jalan ke Neraka itu penuh keseronokan dan keindahan. Namun, tidak dapat kita nilai keberkatan, kasih sayang Allah yang telah menjaga kita dari kecil di dalam kandungan ibu sehingga sekarang dengan sedikit kesusahan yang kita hadapi sekarang.

As for me, Aku tidak dapat memujiMu ya Allah sebagaimana engkau memuji Rabb-Mu sendiri, kerana terlalu banyak kenikmatan yang telah kau berikan kepadaku. I was lost, he brought me home. I was kufur, He put me back on the right track. Where could I find such love? He guided in so many ways and I don’t even think that I’m qualified for all these blessings.

From what I see, the test is a test of love. To test my love for Allah, cinta yang sungguh kecil berbanding dgn Rabb-nya. But I pray that I can pass all these tests with the strength and blessing granted by Him.

Jangan takut untuk diuji, kalo tidak diuji mana kan tahu dalamnya cinta.. Heh! ;p (ahah!) Marilah bersabar kawan-kawan,dan sahabat-sahabat. Percaya lah pengorbanan ini akan terbayar, you're not alone and Allah is watching us.

p/s: listening to Without you – Sami Yusuf

Thursday, November 18, 2010

Patut Uzlah?

tempat Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan khutbah terakhir

Uzlah adalah memencilkan diri dari masyarakat umum dengan tujuan menjaga iman atau mungkin secara lebih logic dengan iman kita pada zaman ini, adalah memencilkan diri kerana lemahnya iman kita yang dikhuatiri akan tertmbah lemah, kurang konsentrasi, jika terlalu banyak berhubung dengan dunia luar.

Antara contoh perbuatan uzlah yang tercatat dalam al-quran sendiri adalah kisah pemuda-pemuda bergelar ashabul-kahfi yang melarikan diri bersama seekor anjing di dalam satu gua kerana tujuan untuk menyelamatkan keimanan dari desakan pemerintah Raja yang zalim yang mana kemudian mereka ditidurkan Allah selama kurang lebih 309tahun.

Gambaran tentang uzlah juga disebut sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadith yang berasal dari Abdullah bin ‘Amr ibnul-‘Ash.

“Ketika kami tengah berada disekeliling Nabi saw, tiba-tiba disebutkan tentang satu fitnah. Lalu beliau bersabda

‘Apabila kalian melihat manusia telah merusak janjinya, meremehkan amanah, saling bertikai satu sama lain menjadi seperti ini (sambil beliau merangkai jemarinya)’

Kemudian aku bertanya ‘Lalu apa yang harus kita perbuat pada saat itu, semoga Allah taala menjadikan aku sebagai tebusanmu?’

Beliau menjawab,

‘Tetaplah tinggal di rumahmu dan kendalikan lidahmu. Ambillah apa yang engkau tahu dan tinggalkan apa yang hatimu menolaknya. Juga hendaknya engkau memperhatikan urusan peribadimu dan tinggalkan urusan masyarakat umum darimu’

Dan disebut pula pada hadits lain, bahawa beliau pernah bersabda ’Itu adalah zaman kekacauan’

Uzlah menuntut kita mengurangkan perhubungan dengan manusia atas dasar menjaga keimanan. Tambahan pula pada zaman sekarang manusia berlumba-lumba mempromosi dan mencari populariti agar dikenali di laman-laman sosial. Perkenalan tidak memerlukan usaha yang berat, hanyalah sekadar menekan butang kekunci di komputer sahaja.

Uzlah juga bukan bermaksud memutuskan silaturahim sebaliknya uzlah lebih berperanan sebagai langkah pencegahan daripada perkenalan-perkenalan atau perhubungan, komunikasi manusia yang lebih banyak menimbulkan dosa jika dibandingkan dengan manfaat yang kita dapat dari kekerapan pertemuan.

Sebagai contoh, kita mungkin saja mengatakan mahu melepak, menonton wayang, menonton perlawanan bola di kedai mamak dan lain-lain dengan kawan-kawan lama untuk ‘catch up’ atau ‘updating session’ namun updating session ini mungkin saja lebih banyak menceritakan hal-hal duniawi yang melibatkan ghibah, mengumpat, percakapan yang tidak membawa kebaikan dan lain-lain dosa berbanding dengan kebaikan seperti dakwah.

Namun begitu bagi lelaki, antara uzlah yang disarankan adalah uzlah dan hidup berjamaah. Sebagai contoh, seseorang haruslah menjaga diri dan mengurangkan aktiviti luar, lepak, berpeleseran, borak kosong dan lain-lain tetapi pada masa yang sama masih menjalankan aktiviti jemaah yang dituntut agama seperti Solat fadhu di masjid, solat jumaat dan lain-lain kerana
‘ dalam solat jemaah itu terdapat kekuatan agama dan kesempurnaaan Islam, serta membuat orang kafir dan atheis tidak rela dengannya’ (Imam al-Ghazali - Minhajul Abidin).

Saranan ini juga dikuatkan dengan sabda Nabi yang menekankan kepentingan berkumpulan disebalik saranan uzlah. Nabi bersabda,
“Hendaklah kalian hidup bersama jemaah. Sebab sesungguhnya bantuan Allah Ta’ala berada pada jemaah. Dan sesungguhnya setan itu adalah serigala bagi manusia. Serigala itu menyergap dan membunuh domba yang terpisah jauh dari kelompoknya serta menyendiri (dari kelompok, jamaah)”

Baginda Rasulullah juga bersabda;
”Sesungguhnya setan itu bersama orang yang menyendiri dan ia menjaga jarak dengan dia manusia bila jumlahnya dua orang (yang tengah berjemaah).”

Oleh itu uzlah disini, jelas masih menuntut kita berhubung dengan manusia tapi dengan kadar yang bersesuaian sahaja, bukannya berlebih-lebihan tanpa tujuan di laman-laman web terutamanya.

Kebaikan menjaga hubungan agar tidak terlalu kerap bertemu dan bersuka-suka bersama dengan masyarakat umum atau kawan-kawan secara lazimnya juga boleh dilihat daripada pengertian ziarah atau bertamu dari kitab Minhajul Abidin narrated by Imam Al-Ghazali

’...Berziarah dan bertamu pada saudara-saudara seiman di jalan Allah adalah termasuk inti dari ibadah kepadaNya. Di dalamnya terkandung pendekatan mulia kepada Allah Azzawa Jalla, di samping berbagai manfaat dan kebaikan bagi hati si hamba. Akan tetapi, ada dua syarat yang harus di penuhi:

1. Hendaknya engkau tidak melakukannya terlalu sering atau berlebihan. Sebagaimana Nabi saw pernah bersabda kepada Abu Hurairah r.a,

”Berkunjunglah dalam waktu-waktu tertentu, nesacaya engkau akan saling bertambah cinta”

2. Hendaknya engkau memelihara kejujuran selama berkunjung pada sesama muslim, serta menjauhi sikap riya’ dan membagus baguskan diri. Tinggalkan perkataan yang tidak berguna, ghibah dan yang semacamnya.Sebab, hal itu akan berbalik menjadi bencana terhadap dirimu dan saudaramu.’

Dalam percubaan memperbaiki diri, uzlah adalah sesuatu yang cuba aku lakukan, namun amat berat kerana banyaknya hati-hati yang cuba dijaga dan silaturrahim yang cuba dipertahankan walaupun aku amat sedar yang kebanyakkannya kurang memberi manfaat kepadaku. Itulah kelemahan iman seorang hamba.

Ya Rabb uzlah kan aku dari kejahatan
Ya Rabb berikan aku kekuatan dalam menjalani agamaMu
Berikan aku ketenangan dan keteguhan hati’
Kasihani aku ya Allah, jadikanlah aku insan bertaqwa.
Permudahkan yang terbaik buatku dan peliharalah aku dari kembali kufur.
Amin.

Ibadah Haji:Lambang Cinta Suci


SYEIKHUL Islam Ahmad bin Abdur Rahim Dahlawi mengatakan: Sering kali kerinduan manusia begitu memuncak, dia ingin melepaskan rindunya itu. Maka tiada jalan untuk memuaskan hati yang rindu kecuali dengan mengerjakan ibadah haji.

Dia mencuba menunjukkan rindunya kepada Tuhan dalam sembahyang yang dilakukannya setiap hari, bahkan di tengah-tengah malam yang sunyi – air mata kerinduannya menitis dengan khusyuknya dalam menyatukan jiwanya kepada Tuhan. Tetapi air mata yang kadang-kadang turun dengan deras itu, belumlah dapat melepaskan gelora rindu yang mendorong dan menyesak-nyesak dari dalam kalbunya.

Bahkan banyak pula Muslim yang berhati rindu, tetapi tidak dapat melahirkannya dalam amal sehari-hari, kerana kesibukan pekerjaan yang harus dihadapi, dan dia tidak dapat melepaskan diri daripada tugas-tugas hidup yang harus ditunaikannya, selama dia masih berada di negerinya.

Hanya ada satu jalan yang dibukakan Tuhan untuk mereka ini, iaitu tinggalkanlah kesibukan itu, lepaskanlah rindu terhadap Tuhan yang memenuhi jiwa itu, dengan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji. Maka terubatlah segala kerinduan, terlepaslah sementara cengkaman kesibukan yang dilalui selama ini.

Dan yang ada sekarang, di tanah suci ini, hanyalah anda dengan Tuhan, yang terus berhadapan dengan hati suci yang ikhlas, murni dan di tempat-tempat suci inilah Nabi Ibrahim pada hampir 50 abad yang lampau telah menempahkan keikhlasan yang sepenuh-penuhnya kepada Tuhan. (Hijjatullahil Balighah, jilid I hal. 59).

Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana jemaah haji dari Malaysia meningkat dari setahun ke setahun. Apa yang kita harapkan pemergian mereka ini akan memperoleh haji mabrur. Lebih penting lagi kita berharap agar mereka dapat membawa cermin kemabruran itu ke dalam lingkungan masyarakat mereka: Di kalangan keluarga, jiran tetangga, sekampung, sekota, dan akhirnya seluruh tanah air.

Menurut ulama, haji mabrur adalah haji yang tidak dicampuri dengan dosa-dosa. Ini bermaksud bahawa kebajikan haji yang diperoleh mereka yang melakukannya telah membentengi diri mereka daripada maksiat dan dosa. Orang yang mendapat haji mabrur akan semakin kuat imannya serta makin meningkat amal ibadatnya.

Haji mabrur merupakan haji yang sangat mulia dan berharga, justeru ia menjadi harapan setiap orang yang beriman. Dalam hubungan ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa di antara kedua-duanya. Dan haji mabrur ada balasannya iaitu syurga. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam ibadah haji yang menjadi ukuran mabrur atau tidak ialah dengan ukuran seberapa banyak amal ibadah haji yang telah dilakukan itu berupaya melahirkan suatu kesedaran moral dan spiritual yang dapat pula melahirkan semangat untuk melakukan perkara-perkara kebaikan sehingga berjaya mengubah diri daripada sikap negatif kepada sikap positif.

Rasulullah bersabda yang bermaksud; Barangsiapa yang menunaikan haji di Baitullah kemudian tidak berkata keji dan tidak membuat kefasikan, maka dosa-dosanya dihapuskan sebagaimana hari yang dilahirkan oleh ibunya. Keampunan dosa hanya akan termakbul dengan memperoleh haji mabrur. Pendek kata, haji mabrur itu berkaitan dengan amal kebaikan yang dilakukan oleh para jemaah.

Disebutkan dalam sahih Muslim, bahawa Rasulullah ditanya tentang kebaikan. ‘‘Baginda menjawab, “akhlak yang baik.” Ibnu Umar pula berkata, ‘‘Sesungguhnya kebaikan merupakan sesuatu yang mudah, iaitu wajah yang berseri dan perkataan yang lembut.”

Perilaku seperti inilah yang seharusnya menjadi perhiasan seseorang ketika mengerjakan ibadah haji. Ia harus sentiasa menjalinkan hubungan sesama manusia dengan kata-kata dan perlakuan yang terpuji.

Rukun Islam kelima, mengerjakan haji di Baitullah mempunyai hikmah tersendiri. Ibadah ini bukan sahaja menuntut kepada pengorbanan fizikal tetapi juga spiritual. Namun demikian, salah satu hikmah ibadah ini adalah ia sebenarnya mengajar manusia tentang cinta.

Pada ibadah haji terangkum pelbagai ‘kisah’ cinta. Ia mengajar manusia tentang cinta kerana cinta dan kasih sayang itulah sebenarnya tonggak kejayaan, kekuatan dan kehebatan sesuatu umat itu.

“Cinta pada Allah – Kerana cinta kepada Allah juga seorang yang menjadi tetamu Allah perlu sanggup meninggalkan keluarganya, berbelanja harta benda dan bersiap siaga bagi membuat perjalanan ke Mekah. Ibadah haji juga sudah semestinya menunjukkan rasa cinta kepada Allah. Ini kerana, sejak dari mula hingga akhir ibadat haji dipenuhi dengan zikir dan ucapan tanda ingatan kepada Allah.

Aisyah r.a. meriwayatkan dalam sebuah hadis yang bermaksud, ‘‘Sesungguhnya dijadikan tawaf di Kaabah, Saie antara Safa dan Marwah, melontar jamrah adalah untuk zikir dan mengingati Allah.”

“Cinta pada Raasuluah SAW – Menerusi ibadah haji juga seseorang itu dapat menzahirkan rasa cinta pada Rasul sehingga sanggup mengikut sunnah Nabi. Hal ini diceritakan sahabat Umar al-Khattab. ‘‘Kalau tidak kerana Nabi SAW mencium hajaratul aswad tidaklah aku melakukannya.”

Jadi tanpa perlu bertanya apakah hikmahnya, tetapi yakin bahawa setiap apa yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah wahyu dan perintah Allah. Maka kita mencium hajaratul aswad sebagai tanda cinta kepada junjungan besar kita.

“Cinta sesama manusia – Ibadah ini mendidik manusia untuk merasa cinta sesama manusia. Dalam perjalanan atau bermusafir, setiap jemaah perlu sentiasa bertolak-ansur sesama sendiri. Bukan mudah untuk bermusafir kerana ketika itu segala urusan termasuk makan dan tidur tidak teratur. Namun dengan adanya tolak -ansur yang terbit daripada rasa kasih sayang di dalam sesebuah jemaah itu, segalanya jadi mudah.

“Cinta Adam dan Hawa – Arafah dan Jebal Rahman merupakan lambang cinta Adam dan Hawa setelah terpisah lama. Ia dinamakan sebagai Arafah kerana Adam dan Hawa dipertemukan dan saling kenal mengenali antara satu sama lain semula di bumi ini. Begitulah Allah menjadikan fitrah lelaki mencintai wanita dan bukan cinta sesama sejenis.

“Cinta bapa pada keluarga – Melontar jamarat pula melambang perasaan cinta seorang bapa kepada keluarga. Peristiwa melontar jamrat ini adalah contoh bagaimana seharusnya cinta keluarga kepada Allah itu harus dizahirkan iaitu dengan melindungi mereka dari hasutan iblis. Ibadah ini menganjurkan supaya kita mencontohi perbuatan Nabi Ibrahim, Hajar dan Nabi Ismail melontar iblis yang menghasut mereka agar tidak menyembelih Ismail seperti yang diperintah oleh Allah.

“Cinta ibu pada anak – Begitu juga saie, yang merupakan salah satu Rukun Haji yang diabadikan dari kisah cinta seorang ibu kepada anaknya. Hajar yang terpaksa berlari dari Safa ke Marwah sehingga tujuh kali demi mencari air buat anak kecil yang ditinggalkan. Sesungguhnya ia melambang betapa cinta dan kasihnya seorang ibu pada anaknya. Begitu juga telaga zam-zam iaitu air yang keluar dari tolakan kaki seorang bayi. Betapa kisah saie ini kini menjadi satu dari rukun umrah dan haji.

“Cinta anak pada bapa – Bangunan Kaabah juga merupakan binaan hasil kerjasama ayah dan anak, iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail setelah mereka lama tidak berjumpa. Akhirnya mereka diketemukan di tapak Kaabah dan diperintah membina Kaabah dan bertawaf. Ibadah korban lembu pula memperlihatkan lambang cinta dan taat seorang anak pada ayahnya demi melaksanakan perintah Allah. Nabi Ismail sanggup menjadi korban demi memenuhi perintah Allah sebelum digantikan dengan seekor kibash. Peristiwa ini merupakan manifestasi cinta insan kepada Allah yang lulus ujian dan taat kepada-Nya.

“Cinta alam sekitar – Allah menerapkan rasa cinta kepada alam. Para jemaah haji dilarang berburu, membunuh haiwan dan memotong pokok. Ini merupakan satu penghormatan pada tanah haram dan merupakan satu latihan kepada manusia untuk menghargai alam semula jadi.

Keseluruhan ibadah haji terkandung pelbagai manifestasi cinta. Betapa cinta sesama manusia hanya akan terasa bila dirasakan semuanya sama di sisi Allah.

Justeru, falsafah haji mewajibkan jemaah menggunakan fesyen yang sama, warna seragam, tempat, waktu dan yang sama. Mereka tinggalkan pangkat dan nama bagi menjadikan naluri mereka juga merasa sama. Hanya dengan menyamakan diri dengan orang lain terbit rasa cinta.

Justeru, perjalanan mengerjakan haji ini adalah satu ibadah yang penuh dengan hikmahnya dan manifestasi cinta. Perasaan kasih sayang yang merupakan inti pati kepada setiap ritual itu menunjukkan bahawa perasaan itu adalah naluri semula jadi manusia.

Perasaan kasih sayang tidak hanya kepada orang yang disayangi tetapi juga kepada Allah, Rasul, orang lain, alam semula jadi dan seterusnya setiap kejadian Allah. Sesungguhnya ibadah haji ini begitu banyak pengajarannya dan sejarahnya. Justeru, ia perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, moga-moga dengan itu kita akan memperolehi haji yang mabrur.

Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

p/s: I wish to perform this pilgrimage in the near future. Though there are many limitations and obstacles like with whom will i go with, how do i afford the journey in a short time and how do i avoid the impossible queueing period which takes years, i believe Allah is listening. Keep praying :)

"Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami" (Ath-Thur)


Sunday, October 17, 2010

Di Bawah Lindungan Kaabah

"Allah adalah Maha adil, jika sempit bagimu dunia ini berdua, maka alam akhirat adalah lebih lapang dan luas, di sanalah kelak makhluk menerima balasan dari kejujuran dan kesabarannya; di sanalah penghidupan yang sebenarnya, bukan mimpi dan bukan khayalan."

Kami pun dalam menunggu titah pula, sebab ada masanya datang dan ada masanya pergi.

-Hamka

Wednesday, September 29, 2010

The Wave Play


Dari lautan yang gelap gelita,
deburan demi deburan memukul badan kapal,
pelita berkelip-kelip, bergoyang-goyang
menari-nari bersama ombak
Siutan angin menampar pipi yang basah
digigit tempias laut

cemas? never.
kudepangkn tangan,seluas timur dan barat
kuhilangkan pandangan, biar kanta duniaku gelita
terkumat-kamit,memasang doa
Kudakap ombak,
taufan, angin yang menderu,
biar menyusup, merangkak-rangkak dalam jiwaku
mengalirkan kasih Agung di segenap belahan qalbu

Terbang, terawang-awang
aku kesyukuran
Laut ini milik Azza Wajalla
I'm ready to sail

-JaimeJo Sept,2010
Pesan Luqman Al-Hakim;
"Wahai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah laut itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah"

Saturday, September 25, 2010

Kata Mutiara


Orang berilmu dan beradab tidak diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak; akan keruh menggenang

Singa jika tidak tinggalkan sarang tidak akan dapat mangsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tidak akan kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa
jika di dalam hutan


-Imam Syafii-

Mahar Redha?


“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU. PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Monday, September 20, 2010

Aku Bukan Ibrahim Adham

Suatu hari, orang bertanyakan kepada Ibrahim Adham seorang wali yang awalnya raja pemerintah Kerajaan Balkh. mengapa dia meninggalkan Kerajaan Balkh. Ibrahim pada masa itu sedang duduk di tepi tebing sungai.
Dia mencampakkan jarum ke dalam air dan meminta ikan membawakan jarumnya ke darat.

Tiba-tiba datanglah beribu-ribu ikan membawa jarum-jarum emas. Tetapi Ibrahim mahukan jarumnya juga.

Ibrahim lalu berkata kepada orang yang bertanya itu,
“Inilah kurniaan paling kecil kepadaku daripada Allah kerana aku meninggalkan kerajaan Balkh”

Aku bukan Ibrahim Adham, jauh sekali.
Aku bukan juga wali Allah, solehah juga belum tentu.
Aku tidak punya kerajaan yang mengundang nafsu utk berkuasa.

Aku juga tidak punya harta untuk aku korbankan seperti Mus’ab bin Umair bagi membuktikan kecintaanku.

Aku cuma yang punya perasaan dan harapan indah yang sangat aku dambakan untuk dikorbankan kerana Allah menguji sifat kehambaan dan redha aku terhadap ketentuanNya.
…dengan harapan Allah akan menyintaiku dan memberikan yang terbaik buatku sekalipun bukn jarum-jarum emas yang di bawakan ikan-ikan kerana Allah lebih mengetahui.

Dan Allah tidak menguji iman kita semudah itu.
Dan tidakkah Allah uji Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anak yang paling disayanginya?
Dan tidakkah korban Habil hasil ternakan terbaik juga diterima. Dan keesaan Allah itu tidak berubah mengikut korban yang engkau sanggup berikan tetapi Allah ingin menguji hatimu........

Allah limpahkanlah aku kekuatanMu.Amin.

Thursday, August 12, 2010

Beza Orang Agama dan Orang Beragama

HARI ITU

Dari jauh, surau kecil itu kelihatan malap. Ketika masjid di sekitar yang hampir berjumlah 3 sibuk mengumandangkan azan memanggil para jemaah mendirikan solat, surau di kuaters guru itu sepi tidak bersuara.

Sesiapa saja yang memandang akan merasa kasihan dengan surau kecil yang tidak diurus dan dijaga dengan baik. Lebih berfungsi sebagai stor dari rumah Allah.

Ajaib, tapi benar. Di sekeliling surau, terdapat 4 blok bangunan yang menempatkan warga pendidikan tidak kira pensyarah atau guru sekolah hatta ustaz yang banyak jumlahnya yang terdiri dari pelbagai latar matapelajaran yang di ajar.

Namun, tidak seorang pun yang dapat mengambil inisiatif mengimarahkan surau itu.

Tidak beberapa lama selepas itu datang seorang ustaz yang bernama Abu (bukan nama sebenar). Ustaz Abu baru mendirikan rumah tangga dengan seorang guru yang tinggal di kuaters itu. Menurut guru wanita itu, pada awalnya ustaz Abu sangat berat hati untuk berpindah ke situ kerana beliau sudah selesa dan seronok menjadi imam dan merangka aktiviti masjid dengan aktif di kampungnya

Tambah sebak lagi hatinya apabila surau di kuaters di buat perhiasan buruk semata-mata.

HARI INI

Surau kuaters gah melaungkan azan menyaingi masjid-masjid besar yang indah disekitarnya. Suara ustaz Abu gemersik melaungkan azan memanggil manusia menjalankan syariat Allah, mendirikan agama Islam

Surau kini pusat agama yang aktif, namakan saja, semua dibuat disini, Ceramah maulidurrasul, kenduri-kendara, ceramah agama, khatam quran,program memasak bubur lambuk dan lain-lain.

Dan pada malam-malam Ramadhan yang mulia ini, seperti malam-malam Ramadhan tahun sebelumnya, imam gigih mengalunkan surah menghabiskan 30 juzuk dalam solat terawikh di samping bertadarus.

Kini, Cikgu Ahmad (bukan nama sebenar) yang baru berpindah ke kuaters itu menjadi pembantu ustaz. Mereka bergilir-gilir menjadi imam sembahyang terawikh. Sungguhpun Cikgu Ahmad bukan seorang ustaz, ternyata beliau orang yang beragama, bacaan ayat-syat sucinya persis bacaan Ustaz Abu yang berkelulusan universiti timur tengah yang terkenal.

Dalam diam ustaz Abu menaruh kepercayaan kepada Cikgu Ahmad apabila dia tiada. Apa yang terjadi pada ustaz-ustaz yang lain? Itu adalah satu persoalan yang sukar dijawab. Jumlah ustaz yang tinggal di kuaters tidak terbilang. Semuanya orang agama belaka. Hebat melaung panji-panji islam di sekolah mengajar, mentarbiah murid-murid menjalankan hokum Allah.

Tetapi tatkala ustaz Abu pulang ke kampung terpaksa bermukim di tempat lain atas urusan kerja dan lain-lain, surau kembali sunyi, sepi. Seakan kembali ke zaman ‘jahiliah’.

Tidak terdetikkah di hati mereka untuk melaungkan azan, atau mengimamkan solat di surau itu? Mungkin tidak, kerana selama ini sememangnya surau ibarat ‘mati’tanpa Ustaz Abu di situ.

Bolehkah kita bayangkan bagaimanakah keadaannya tahun-tahun sebelum itu tanpa Ustaz Abu?

Kini ustaz Abu sedang menunggu surat ‘posting’ kerana telah tamat pelajarannya sebagai guru KAFA di sekolah rendah. Semua harapan tersandar kepada Cikgu Ahmad seandainya Ustaz Abu terpaksa berpindah ke tempat lain.


Cikgu Ahmad, bukan orang agama yang pasti beliau seorang yang beragama.

Jadilah orang yang beragama, kerana orang agama itu belum tentu beragama tetapi yang beragama itu sudah pasti adalah orang agama. Amin.

Wednesday, August 11, 2010

Anak Soleh dan Kisah Epal Hanyut

Kerapkali apabila bertemu dengan orang yang berakhlak baik, kita akan memuji-muji ketinggian akhlaknya. Namun akhlak yang baik itu tidak datang dengan mudah, biarpun iman tidak diwarisi, tetapi keturunan yang baik akan menjamin generasi yang baik.

Sebagai contoh, perihal ulama’ sufi Syeikh Abdul Qadir Jailani, beliau bukan beribu-bapakan calang-calang orang. Kedua ibu bapanya Abu Salleh dan Aminatul Khair merupakan dua manusia yang begitu menjaga diri dari berbuat dosa dan perkara-pekara syubhah dan mencapai taraf wali di akhir hayat mereka.

Tanpa ibu bapa yang serius mentauhidkan Allah bagaimanakah dapat seseorang menyuruh atau membentuk seorang anak menjadi seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani?

’seperti ketam mengajar anak berjalan lurus’

Namun kebanyakan antara kita sering lupa yang kita sendiri sangat bertanggungjawab besar dalammenentukan siapakah dan jenis apakah zuriat yang bakal dilahirkan kelak?

Seorang yang melanggar perintah Allah kan dia? Lembut hatikah dia? Malas bersolatkah dia? Suka mementingkan hiburan kah dia? Kedekutkah dia? Takburkah dia?

Sifat-sifat dan hubungan Allah dengan kita sekaranglah yang akan mencorakkan anak itu dan bukannya hanya ketika didikannya nanti. Amalan itu harus bermula dari kita sendiri. Kita malas, malaslah anak kita. Kita suka menjawab dengan ibu bapa, menjawablah anak kita kelak.

”Amat besar kemurkaan Allah apabila kamu mengatakan sesuatu tetapi kamu sendiri tidak melakukannya” (Al-Saff 61:3).

Sungguhpun soal hidayah itu adalah 100% milik Allah di mana, boleh sahaja anak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang soleh dan solehah menjadi seorang yang dimurkai Allah kerana ianya diturunkan sebagai ujian untuk ibu bapanya seperti kisah anak Nabi Nuh dan isterinya yang kafir, tetapi usaha kita untuk lebih bertanggungjawab untuk menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia sekeliling adalah satu usaha yang dilihat Allah sebagai perjuangan untuk menegakkan syariat. Insya Allah jika ujian seperti yang disebutkan bukan untuk kita, perihal keturunan itu akan memainkan peranan penting.

Renungan: Impian untuk mendapatkan anak yang beriman, dan cantik akhlak dan peribadinya adalah impian semua orang tapi tidak semua pengimpi itu beriman atau berperibadi dan akhlak cantik bukan? Tapi di mana hendak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Renungan 2: Kita gusar jika persiapan perkahwinan tidak sempurna, baju, pelamin, hantaran dll, tetapi itu semua hanya berguna sehari sahaja, mari kita tanya diri, bagaimana persediaan iman, taqwa, akhlak dan peribadi yang akan dibawa ke akhir hayat? Cukup bersediakah? Atau kita akan menjadi seperti yang tersalah tafsir tujuan dijadikan bumi iaitu sebagai persinggahan. Yang persinggahan dibuat cantik, destinasi sebenar ibarat pondok buruk usang.

Kisah Epal Hijau

"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai.

Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Dia berasal dari keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.

Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali. "Mungin ini rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya.

Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai."
Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati kesekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia berjalan meninggalkan pekan Jilan. Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia menemui sebuah ladang epal

"Syukurlah akhirnya saya menemui ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemuinya."

Abu Salleh terus memasukki ladang epal itu dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah, berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga. Beliau ialah seorang yang kuat beribadat dan disegani oleh penduduk di kawasan itu.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya memakannya," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah.

Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk beberapa ketika. Namun terdetik di hatinya sedikit kekaguman kerana selama epalnya yang hanyut tidak pernah pun datang sesiapa yang meminta dihalalkan sebiji epal lalu dia tersenyum. Dia menarik nafas panjang dan berkata, "Saya boleh memaafkan saudara dengan satu syarat."

"Katakanlah apakah syarat itu? Saya akan memenuhinya."

"Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun!"

Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan menyatakan persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu selama dua belas tahun dengan penuh amanah dan tanggong jawab kerana mahu dihalalkan sebiji epal hanyut yang dimakannya. Sheikh Abdullah memerhatikan tingkah laku Abu Salleh sepanjang tempoh itu dan mula tertarik hati. Dia bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu Salleh.

Akhirnya tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkanlah epal yang saya makan itu."

Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh yang jelas menggambarkan dia adalah seorang anak muda yang jujur lalu dia berkata, "Tetapi saya ada satu lagi syarat ke atas saudara sebelum saya dapat menghalalkan epal itu."

"Katakanlah syarat itu, saya akan tunaikan."

"Syaratnya ialah, saudara mesti mengahwini puteri saya. Tetapi biarlah saya berterus terang tentang keadaan puteri saya itu."

"Katakanlah! Saya akan mematuhinya."

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"

Sejenak Abu Salleh termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

"Baiklah. Saya akan menghalalkan sebiji epal yang saudara makan itu sekiranya saudara mengahwini puteri saya."

Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan di antara Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malamperkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam.kepada isterinya. Sebaik sahaja isterinya menoleh ke arahnya. Wajah Abu Salleh berubah kerana dia amat terkejut lalu berlari ke ruang tamu menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah kerana wanita yang menoleh itu kelihatan sangat cantik dan sempurna sifatnya.

"Adakah seorang perempuan lain di dalam bilik pengantin? Di manakah isteri saya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu itu?"

Sheikh Abdullah tersenyum mendengar pertanyaan Abu Salleh lalu menjawab, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itu ialah puteri saya, Ummu Khair Fatimah. Saya mengatakan dia lumpuh kerana kakinya tidak pernah menjejak ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara yang terlarang. Saya katakan dia buta kerana dia tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."

Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Allah! Hambamu mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"

Hasil perkawinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud, Yang menghidupkan Agama!

Selipar Ini Memang Untukku?


Once I lost my slippers in Masjidil Haram. I looked for it everywhere including the place where I left it. I remembered the shoe rack vividly but when my slippers vanished before my eyes, I started to doubt my own memory.

The unofficial ‘tawaf’’ begun. I walked around the Holy mosque without knowing where I was heading to. All the shoe rack numbers suddenly turned familiar. Possibilities widened like never before. But I was not angry; how could I be, I was in the His house. The question was
“ Siapa aku untuk marah di sini? Aku cuma seorang hamba yang kehilangan sesuatu yang bukan pun milikku”

As I was walking my mind was busy hypothesizing the incident. I was making inferences. I thought of the places I went throughout my life. Many were not the places that would please Allah. I thought of the places which I wanted, planned to go but made impossible by Allah too. Astaqfirullahalazim.

Aku insaf, pulanglah wahai hamba Allah. Kaki mu tu bersalut dosa setebal lautan. Moga-moga hilangnya kasut ini Allah akan mengasihanimu dan menghapuskan dosa kakimu yang kotor itu.

Kaki melangkah pulang dari Masjidil Haram, berkaki ayam, Cuma berstoking yang bisa menutup auratku. I felt relieved,
Ya Allah, ampunkan dosaku, bawalah pergi selipar itu jauh-jauh. Biar kaki ini tahu.ianya milikmu.

HILANG BERGANTI

When Ummu Salamah lost his husband, Abu Salamah, in the Battle of Uhud, she was devastated. Before he passed away, when he was wounded and being treated for his wound, he told his wife.

I have heard the Prophet pbuh say
“ If anything bad happens to anyone and he says: (translation) To Allah do we belong, and to Him shall we return O Allah, I anticipated your reward (in the Hereafter) for this misfortune. O Allah, give me something better than I have lost’
He will be given better substitute for his loss.’

Later, upon his husband’ death Ummu Salamah remembered the above words of Prophet conveyed to her by Abu Salamah. She said “ Oh Allah, I accept this loss for your reward” however she hesitated in completing the second half of the prayer, thinking “ Who could be better for me than Abu Salamah?” But in the end, she finished the prayer anywhere.

Despite her old age and her big number of children, later Prophet Muhammad pbuh himself asked for her hand in marriage and she accepted it.

Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan manusia itu sangat cetek.

”Allah jua yang membelah cahaya subuh yang menyinsing fajar menjadikan malam sebagai waktu berehat dan menjadikan matahari dan bulan bagi mngira waktu. Demikian itu adakah kuasa penentuan Allah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui” al-An’am 96.

Aku juga mengharap gantian. Aku kira kehilangan selipar itu membawa makna gantian ghaib yang tidak aku ketahui tetapi aku percaya sepenuh hati. Oleh sebab itu, hati aku tidak sedih sama sekali. Sekali pun fikiran ku bersih dari sangkaan buruk terhadap Allah swt yang mengurniakan berbagai rahmat, Allah mahu mengajar ku sesuatu dari kehilangan ini.

Allah mahu mengajarku yang setiap kehilangan itu tidak sama akhirannya. Allah hari itu mahu menunjukkan kejadian luar akal fikiran yang hanya mampu dijelaskan dengan kata-kata ini semua kuasa Allah. Logiknya tidak ada. Kerana kuasa Allah tidak meliputi logik manusia.

Menyorot kisah Nabi Musa membelah laut dengan tongkatnya dengan izin Allah untuk melarikan diri bersama Bani Israel dari Firaun, logikkah struktur laut yang di dalam keadaan cecair boleh berubah sekeras batu yang tinggi bak bukit?

Yang paling penting, Allah mahu memberitahu aku pengetahuan manusia itu terbatas.

”Kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu berkaitan apa pun kecuali dengan cara yang diatur Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam” at-Takwir:29

PENGAJARAN: SABAR

2 days after i lost my slippers, I lost another one. But this lost was not something I expected because it happened on a beautiful morning; the morning I felt closest to Allah’s rahmat. Aku terus bersangka baik. Dalam pencarian kasut yang baru hilang, aku temukan kasut yang dulunya hilang, di tempat yang tidak aku sangka-sangka. Tak cukup itu, rupanya selipar baru yang aku cari-cari masih berada di rak kasut yang sama. Hairannya tadi Allah menutup hijabku. Puas aku cari di rak kasut itu memang tak ada.

Semuanya ada hikmah. Pagi itu aku pulang dengan dua selipar. Satu dipakai di kaki yang aku harap telah diampunkan dosanya dan satu lagi dijinjit di tanganku.

Dan Allah tidak memberikan aku gantian. Allah mahu aku bersabar dan bersangka baik. Kerana mungkin selipar itu adalah memang seliparku dan bukan untuk orang lain..selipar itu untukku.

Bersabarlah wahai hati, bersabarlah wahai sahabatku kerana insya Allah ini pengajarannya.

And that day was one of the most beautiful days in my life. Air mata laju menderu mengenangkan kasih saying Allah kepadaku yang melimpah ruah. Allahuakbar.

”Hai orang-orang beriman mohon pertolongan kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat. Allah beserta dengan orang-orang sabar” al-Baqarah: 153

Tuesday, August 3, 2010

Jadilah kamu orang berakal.

"Janganlah kamu menentang Allah s.w.t. mengenai dirimu, keluargamu, hartamu, mahupun orang-orang pada zamanmu. Tidakkah kamu malu meminta Dia agar mengubahnya, seakan-akan kamu lebih bijak, lebih mengetahui, dan lebih penyayang daripada-Nya? Kamu dan seluruh makhluk adalah hamba-hamba-Nya."

"Jadilah orang yang berakal, jagalah buah hasilmu, maka kamu akan (menjadi orang yang) terpuji. Terimalah takdir yang menyertaimu, janganlah meminta lebih darinya. Apa sahaja yang diberikan Allah s.w.t. kepadamu adalah disebabkan oleh permintaanmu yang bercampur kotoran dan kebencian."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

Thursday, July 29, 2010

Catatan Perjalanan Umrah - Part One

A few days before I embarked on this extraordinary journey of my life, I could not get my self to sleep. Sleep was almost impossible at night. It became more like a compelling game between want and need; and body and mind.

I had two things in my mind. First, I was afraid that the journey would not turn out as I wanted it to be. I was not convinced and confident about my preparation to actually take this journey. I did not want the journey to be just ‘another’ umrah performed by thousands of Malaysian each year in which the effect on the souls sometimes was not as beautiful as they should be.

I figured that this ain’t a vacation. This is a journey of the soul, finding its way to its Creator and trailing the steps of the beloved Prophet. Plus, it’s my ‘umrah wajib’ I wanted it to be as good as it could be but I was unsure if that was the case. I wanted a ‘crossing’ and not merely ‘passing’ yet all I was doing was imagining.

It really struck me and motivated me that I wanted a different version of umrah effect when I read Ahmad Kamil’s Travelog Haji – Mengubah Sempadan Iman and his second book which explains on the changes that he made when he came back from performing Hajj with his wife and some of the articles in Al-Islam in its special edition on Hajj. But I was not as well-prepared as him and there I was trying to compare myself to him.

The bottom line was I wanted to be the tetamu istimewa di rumah Allah’.

The second thing which was bothering me all the way until I stepped on the airplane and continued to bother me when I was in Ummul Qura was a test ‘musibah’ sent by Allah in a form of rejection. Since it involved emotion, the test really shaken me up that I started to rationalize every inch of it. It was wrong for me to do that and I just happened to be not aware of it until recently. I was blind to see that it was a trial from Allah to test my sincerity. And I took it too emotionally that I failed to see the fact that it came direct from Allah to test me and the stimuli was just an object to make it happen. I was hasty I was forcing it to end when I do not have the power to do it.

“Manusia dicipta (bersifat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan)-Ku. Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya. (Al-Anbiya’:37)

I was thinking of all the things that my mind could reach at when all Allah wanted me to learn was to have enough patience to go through the test with an open heart.

Preparations

“Mekah itu bukan tempat ‘magic’ tuan-tuan dan puan-puan. Jikalau unta atau lembu mati di situ, ketika mati ia tidak bertukar menjadi haiwan lain atau manusia; unta juga jadinya. Jadi apakah mengajarannya tuan-tuan dan puan-puan?”

I was one of the funniest things I’ve heard so far about the reality of Makkah al Mukarramah but I think the truth it holds is nothing less than serious. It’s true. When people think of Makkah some of us would instantly put a heavy idea on the magical side of the holy land.

It is holy in the fact that Allah promises rewards unlike any other places in the world for any good deeds done here (100,000), but when it comes to changing for the better, it is actually up to your own effort of how much you want it to happen as He mentioned in Al-Ra’d that;

“…Verily never will God change the condition of the people until they change it themselves (with the own souls). But when (once) God wills a people’s punishment, there can be no turning it back, nor will they find besides Him, any to protect” (13;11)

Therefore, through readings, thinking and observations, I felt that the journey that I was about to take was supposed to be a strengthening journey with the means of intensifying my ‘ibadah’ and daily routine as a Muslim and not a trip to take without enough ‘want’ and keenness to change, and not a journey to take without preparation with hope that you can become someone new just by going there.

Being aware of that, some changes and improvements (I hope, insya Allah) were done step by step long before I thought of this Umrah mission and some were done when I was clear of what I wanted out of this voyage.

Even though, there were other incidents ‘test’ which happened along the way that actually crushed my heart into pieces and made me thought that going there was becoming impossible, the test came alongside with unthinkable helping hand from unimaginable sources. I could not help but smile in astonishment when I thought of ‘ujian sepahit racun tetapi didatangkan pula, penawar semanis madu’ which was given by God upon my wish to go to the holy land.

Benda yang harga ratus-ratus pun boleh jadi free, yes free of charge…Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

I also deepened my readings on the wonders of Makkah al- Mukarramah, the stories behind the construction of Kaabah by Nabi Ibrahim and Ismail, the storied behind Hijir Ismail, Multazam, Safa and Marwah, the holy water of ZamZam and many more.

I also googled for the story of each place that I were to ‘ziarah’ in Makkah and Madinah to get a clear idea of what I would be going through although I was told by some that I worried too much and that in Makkah, the ‘mutawwir’ would do the storytelling. When heard that I just smiled and I truly believed that I should even do more if I were serious about wanting to become the ‘special guest' of Allah.

I thought how would I feel touched and near to what my beloved Prophet had experienced if I were to go there empty handed. How would I imagine the pain and the price of the companions’ sacrifices and how they had put their lives on the line for The Religion if I were to go there as if I’m visiting to a museum looking at old stuff feeling nothing? Stories need to be read many times so that it sticks in your mind, as if you were there to witness the history, as if you were there to lend the your mind, body and soul.

But most importantly, through my reading, I think I was enlightened with the ‘hikmah’, the importance and the ‘whys’ of doing all the ‘ibadah’ which is asked by Allah while I was there.

However, better than that I have witnessed love shown by God to me to the point that I feel that I am not even qualified, that I am not good enough to deliver such ‘rahmat’ from the moment I set my mind and heart of going there. I am touched, grateful to the extent that I cannot put it into words. I was nobody and I am nobody, but He accepted my wish with ‘arms’ wide open like all of us wanted to feel accepted. Subhanallah.