Sunday, April 1, 2012

Because Allah Gives More...



Allah always gives more..more than what we need

More than what we thought we deserved to

More than what we imagined in our heads

More than what we prayed for…

More than what we wanted…

I got more…

I don’t know how I can thank Allah enough

For the ‘mores’ He’s flourishing me with

For giving me you...

O Allah! teach me how to be grateful..

Because Allah always gives more...

Sunday, March 11, 2012

Belahan Jiwa

Hari itu Humaira tersenyum
Mengangguk perlahan
Setuju mematri janji
Merenda mimpi
Merajut cita,
Berjuang bersama.

Telah bertemu lelaki ciptaan Tuhan
untuk dia,
yang dipanjat-panjat di tali temali doa.
Humaira ketawa,
Lelaki itu rupanya tidak banyak bicara
Hanya melihat-lihat bermain bahasa mata.

Katanya..
Telah kutemui belahan jiwa
Buat mencantum rasa,
Membangun cinta,
Merungkai janji lama
Rahasia Lauh Mahfuz-Nya

Mereka berdiri di jendela,
Mengharap rahmatnya,
Agar iman menyusup ke dada
Menghadiahi cahaya-cahaya.

Juga agar tidak lupa.
Mengapa mereka bersama,
Buat meraih cintaNya,
Membina mahligai ke langit
Agar bisa terbang menjejak syurga.

: )

Tuesday, March 6, 2012

Hadiah

Bismillahirrahmanirrahim.It’s been a long while since I last wrote something in my blog. And it is something that I regret but at the same time, I feel that it is also something which is out of my control. Sesungguhnya ilmu dan kefahaman itu milik Allah secara mutlak, hanya sahaja ianya dipinjamkan kepada ulama’-ulama’ untuk disebarkan kepada umat manusia. Maka jika hilangnya ‘ia’ dari kotak hatimu, patutlah engkau bersedih, kerana sebutir permata baru sahaja diangkat dan dihilangkan darimu. 

Bukan tak pernah mencuba untuk menulis semula tetapi apabila Allah menguji sedemikian, I guess I have to reflect and contemplate harder about my iman and heart condition. Pun begitu Alhamdulillah, walaupun hati masih belum pulih dan kecelaruan fikiran masih juga memercik-mercik, ada juga titipan kerdil yang berjaya dikerah untuk dikongsi bersama sebagai buah tangan salah satu majlis ilmu yang dihadiri. 

Bingung memikirkan hadiah

Hari ini, di sekolah diadakan sambutan ulang tahun ke 52 pengetua sekolah kami. Memandangkan beliau lahir pada tahun lompat, sambutan yang agak meriah telah dirancang, 4 tahun sekali katakan. Pun begitu, jika disorot kembali rentetan kisah sambutan ulang tahun hari lahir pengetua ini ke beberapa hari sebelumnya, satu isu yang paling hangat diperkatakan adalah berkenaan hadiah. 

Ya, hadiah adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan untuk dipersembahkan kepada seseorang tambahan pula jika seseorang itu sangat dekat di hati kita. Kesannya, peninglah kepala memikirkan hadiah apakah yang paling sesuai sebagai perantara dalam bukan sahaja menunjukkan bahawa kita ingat akan ulangtahunnya atau dirinya, bahkan sebagai penyalur; jalan tengah, medium lambakan kasih sayang yang membuak-buak di dalam hati. Ya hadiah begitu simbolik; harus sahaja ia berjaya menjadi tinta yang menulis dengan kemas segala-galanya yang tersirat dan terbuku di dada. Hebat bukan?

Intipati Hadiah 

Justeru, secara fitrah intipati paling penting sesebuah hadiah, adalah yang ianya adalah berupa jambatan yang memberi kebaikan kepada si penerima hadiah itu. Kebaikan , yang mana, menurut kefahaman kita yang cetek ini, akan membawa kebahagiaan dan membuahkan kegembiraan kepada si penerima hadiah. 

Sebagai contoh, seorang ibu yang mahukan anaknya mengutip mutiara ilmu, akan menghadiahkan anaknya buku dengan harapan, akan tumbuh perasaan cinta kepada ilmu di hati anak itu yang akan menjadi penjaganya kelak. Seorang ibu yang lain pula akan memberikan hadiah permainan kepada anaknya kerana dia tahu permainan itu akan memberi keriangan dan kesukaan di hati anak kecilnya. Ibu yang lain pula mungkin akan menghadiahkan hadiah yang lain. Kesemuanya pilihan ini berbeza –beza dek kerana berbeza-bezanya output yang diharapkan daripada hadiah itu. 

Hadiah daripada Allah

Namun, Allah SWT memberikan kita satu dimensi atau pandangan berkenaan dengan kebaikan yang kita cari-cari ini. Nabi Muhammad SAW berkata, “Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang , maka dia akan diberi kefahaman mendalam tentang agama.” Jadi, jika dirungkai secara mudah dan secara logiknya jika Allah sayang kepada seseorang hamba, akan diberi kebaikan. Dan kebaikan itu datang dalam bentuk kefahaman tentang agama yang mana hanya akan didapati melalui ilmu. Dan ilmu ini harus dicari dan diusahakan. 

Ringkasnya, jika Allah memberi gambaran tentang hadiah yang paling baik adalah ilmu agama, mengapa ibu bapa, pasangan suami isteri hatta guru-guru di sekolah sekalipun, jarang meletakkan usaha untuk menyediakan jambatan yang menuju kepada kefahaman ilmu agama kepada orang-orang yang dikasihi ini? Jika ada pun, hanya minoriti. Hadiah-hadiah berupa majlis harijadi, beg tangan berjenama, jam tangan berjenama lebih jadi pilihan 

Hadis Hadiah

Tidak salah memberi hadiah berupa kebendaan malahan Nabi Muhammad SAW sendiri sememangnya menganjurkan kita memberi hadiah sesama sendiri “ Salinglah kalian member hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai (kerana Allah).” [al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad hasan]. Namun mengapa setiap kali hadiah ini sahaja menjadi pilihan, mengapa tidak digandingkan dengan hadiah berupa langkah-langkah yang membawa orang-orang tersayang disekeliling ini mendapat kebaikan hakiki? 

Kadangkala yang lebih menyedihkan, unsur kefahaman agama tidak langsung diselitkan dalam mendidik anak-anak atau membangunkan institusi kekeluargaan sedangkan kita semua mendambakan kebaikan. Ibu bapa kini, lebih cenderung mendedahkan anak-anak dengan kelas-kelas tarian, kesenian se dari kecil, ujar mereka, bimbang anak-anak bakal membesar menjadi anak-anak yang buta seni, yang menghairan tidak pula mereka bimbang anak-anak ini membesar menjadi manusia yang tidak mengenal Allah. 

Seharusnya kita lebih sedar akan Allah itu lebih mengetahui hakikat lekuk hati manusia dan tindak-tanduk makhluk ciptaanNya ini. Justeru pastilah Allah yang paling mengetahui apakah yang paling baik untuk kita. 

Penutup

Hari ni saya beli satu hadiah. Seperti yang saya sebut tadi, hadiah adalah medium curahan kasih sayang anda yang membuak-buak itu. Jadi, soalannya lensa mata siapa yang anda gunakan dalam meneliti dan memilih hadiah anda hari ini? Lensa mata manusia yang kadangkala kabur kadangkala terang, atau kanta dari langit?  

Renungan

Dan setiap orang bersungguh-sungguh mencari hidayah Allah, pasti Allah membukakan jalan untuknya. 
( Surah al-Ankabut:69), “Dan orang yang bersungguh-sungguh di jalan kami, maka akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang melakukan ihsan.” Cara bersunguh-sungguh mencari hidayah adalah teruskan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Tiada hari tanpa mencari ilmu. Tiada hari kecuali bertambah amal. Dan tiada hari kecuali semakin bersih hati kita. 

Wallahu’alam.

Wednesday, January 25, 2012

Brain Explosion


I wish to write about something but I do not know what to write about. It’s stuck in my head. I remember the last time I felt like this; it was when I was told I was becoming too patient with everything around me and that I barely responded to things which caused pain because I was numb and I was not even myself back in 2010 if I’m not mistaken...or shall i say; i was told.

The truth is that life is such a weird journey. When u captured too many pictures and sides of it you become confused that everything around you seems irrelevant. For a person who is known as a heavy thinker, I can tell that my brain is about to explode.

I’m tired. I’m just tired. That’s all. I hope to wake up in the morning as a simple person with simple mind.  I just wish to say something to someone but I do not know who to and what should I say because there are too many things mixed up inside, I know I should speak to God. 

I just want to let it out and exhale everything so that all that’s left is a black hole; black hole of peace? Thank you for reading. Sorry I let u down. I’m a human with complex mind. I need to pour my gibberish thoughts at times too. Caow~

p/s: God please make me a grateful person...

Friday, January 6, 2012

Hikayat Bidadari Syurga? (Part 2)



Di bahagian satu artikel ini saya ada membincangkan dan melontarkan kegusaran terhadap ‘trend’ terkini kalangan adik-adik muslimah yang lebih cenderung berlumba-lumba menjuarai perihal kecantikan dan kejelitaan seakan-akan wanita di lahirkan sekadar untuk mengkomersialkan diri di khalayak ramai.

Di bahagian dua ini yakni bahagian terakhir kita akan membincangan dengan lebih mendalam tentang keindahan Islam yang datang membebaskan manusia daripada penghambaan kepada selain Allah sekaligus mencorak wanita menjadi seindah-indah ciptaan lantas menidakkan pengklonan imej muslimah ideal yang cuba dicelup oleh media baharu.

Agama Pembebasan

Di masa Arab Jahiliyah, misalnya, wanita tidak begitu dianggap sebagai siapa-siapa selain “mesin reproduksi”. Sebagian besar orang Arab bahkan merasa anak perempuan sebagai beban dan aib. Maka, muncullah tradisi mengubur anak perempuan hidup-hidup. Di masa Yunani, posisi wanita juga tidak lebih baik. Para filosof bahkan saling berdebat apakah wanita memiliki jiwa atau tidak.
Namun setelah kedatangan Islam, wanita telah diletakkan di tempat yang tinggi sekali. Hak wanita di berikan sewajarnya bahkan apabila seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW “Kepada siapa harus aku berbakti?” Nabi SAW memberi jawapan “ibu” tiga kali sebelum jawapan itu bertukar kepada “ayah” yang mana mengisyaratkan ketinggian nilai wanita di dalam Islam.

Cantik

Syariat menutup aurat juga tidak lain tidak bukan adalah untuk menjaga kesucian nilai wanita. Malang sekali adik-adik modernisasi bukan sahaja datang dengan kebaikan bahkan dengan ideology yang menyimpang. Pakaian wanita Islam dimanupulasi dan dianggap sebagai satu bentuk penindasan terhadap wanita. Barat telah berjaya membuat kita percaya bahawa menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika yang mahu berpurdah atas kerelaan sendiri adalah satu tekanan agama kuno yang mahu menidakkan kewujudan wanita. Kata mereka, wanita hilang hak di dalam Islam.

Walhal kecantikan, bagi Islam adalah untuk ditutupi agar dilindungi daripada pandangan-pandangan yang berniat jahat dan yang boleh menimbulkan fitnah. Kecantikan juga hanya untuk diperlihatkan kepada yang layak bukan untuk pameran umum. Liciknya manipulasi Barat, sehingga membuat kita percaya, ‘penelanjangan’ dan eksploitasi kecantikan secara besar-besaran adalah satu tindakan eksperiasi terhadap wanita. Mana mungkin begitu jika penonjolan sebegini hanya membangkitkan nafsu syahwat lelaki lantas membahayakan kaum wanita itu sendiri.

Tapi kita leka, kita mahu dipuja, kita mahu megah dipuncak. Tertipu namun belum kita sedar. Apa yang melalaikan kita adik-adik? Tidak lain tidak bukan, pujian menggunung daripada rakan-rakan yang turut hanyut dan ralit daripada memahami meistimewaan kehormatan diri di dalam Islam.

Tambahan pula ada lelaki-lelaki yang memuji makin galaklah kita memperlihatkan perhiasan-perhiasan wanita. Lelaki yang rajin memuji pula adik-adik labelkan sebagai ‘sweet’ dan pandai mengambil hati padahal, mereka juga turut hanyut dalam menikmati dan menonton hiburan percuma bekalan wanita moden hari ini.

Sebab Leka

Ya, jika dikaji selidik, sebab utama kerana apa ideology menyimpang ini rancak diterima pakai oleh wanita zaman moden, jawapannya adalah tidak lain tidak bukan kerana lelaki. Terlalu ramai lelaki yang jahil agama dalam memahami keistimewaan wanita dan tanggungjawab mereka dalam menjadi pelindung menjadi punca segalanya. Ini adalah kerana, apabila mereka secara kolektif memandang kecantikan wanita adalah berdasarkan keindahan luaran yang mampu di pamerkan di khalayak ramai dan sebanyak mana kulit mulus yang boleh di tangkap lensa mata, maka berlumba-lumbalah Muslimah yang lemah jiwa mengikutinya. Bahkan yang sudah bertudung, turut mencari-cari cara menyertainya.

Kesudahannya, iman tergadai prinsip tersadai.

Adik-adik yang disayangi, itu bukanlah lelaki-lelaki pelindung yang dicorakkan oleh Islam. Bukan. Selagi mereka tidak memartabatkan dan menjaga maruah adik-adik apatah lagi mencanang-canang gambar adik-adik bersama mereka padahal belum mempunyai apa-apa hubungan halal, mereka juga turut terpalit dengan lumpur modernisasi olahan Barat atas nama ‘keindahan’.

Mengapa saya berkata begitu? Kerana Islam pernah menceritakan kisah lelaki pelindung di zaman Khalifah yang mungkin boleh kita sama-sama renungkan dan ambil iktibar.

Khalifah Mu’tashim

Tengoklah apa yang pernah dilakukan Khalifah Mu’tashim, tatkala seorang wanita di kota Ammunriah ( terletak antara Iraq Utara dan wilayah Syam) berteriak dan minta pertolongan karena kehormatannya dinodai oleh seorang pembesar Romawi, kemudian ia berteriak : " dimana engkau wahai Mu’tashim, ?" Maka tak lama setelah berita teriakan wanita itu sampai ke telinga Mu’tashim, beliau segera mengerahkan bantuan dan memenuhi panggilan itu dengan mengerahkan pasukan kaum Muslimin yang ujung barisannya berada di Kota Ammuriah, sedangkan ekornya berada di Kota Baghad. Ya, seramai itu untuk menyelamatkan seorang wanita!

Dengan pasukan ini bangsa Romawi diperangi dan dengan dikalahkan dengan mudah. Kekuatan mereka dapat dipatahkan dan Kota Ammuriah ditakluki. Jumlah korban dari pihak musuh mencapai 30.000 orang dan jumlah orang yang ditawan juga 30.000 orang.

Bolehkah adik-adik bayangkan demikianlah, hanya untuk membela dan melindungi seorang wanita saja, Khalifah Mu’tasim telah mengerahkan demikian banyak pasukan, dan bahkan menaklukkan bangsa Romawi yang telah melanggar kehormatan umat Islam.

Itu barulah yang dinamakan lelaki pelindung wanita celupan Islam! Bukannya menambah pencabulan terhadap kehormatan seorang wanita.

Penutup

Adik-adik, dunia ini ibarat satu persinggahan sebelum ke tempat yang lebih hakiki yakni di akhirat sana. Tak mahukah kita menjadi bidadari syurga? Jika jawapannya ya, mungkin sudah tiba masanya kita meminggirkan idelogi remeh picisan bawaan modernisasi dan Barat dalam membentuk diri kita. Ambillan Islam sebagai garis panduan dan jadikan Al-Quran sebagai teman, nescaya, kita akan menjadi wanita paling indah; seindah hikayat bidadari syurga. Selamat beramal!

Monday, January 2, 2012

Hikayat Bidadari Syurga? (Part 1)



Trend

Seandainya kita melayari laman youtube, kita pasti sedar bahawa video-video cara pemakaian hijab yang disediakan oleh adik-adik remaja Islam kita berselerakkan bagaikan embun di pagi hari. Sebut sahaja cara memakai hijab dari fabric jenis apa, pashmina? Cotton? Satin? Crumpled cotton? Viscose? Jojet? Semuanya ada. Just a click away!

Selain itu ada juga adik-adik yang berbakat dalam bidang fesyen, lalu adik-adik ini tampil ke hadapan untuk memberi cadangan pemakaian muslimah yang dirasakan sesuai dengan function yang bakal dihadiri. Pakaian ke kelas begini, untuk bersantai di waktu petang begini pula, tidak lupa juga pakaian bergembira bersama teman-teman dihujung minggu.

Menjadi post-post ‘in-trend ’juga di kalangan blogger wanita untuk berkongsi rahsia kejelitaan mereka (khususnya buat blogger yang cantik jelita). Di sini kita akan mendapat tahu rahsia produk-produk yang digunakan untuk mendapatkan hasil kulit yang mulus dan cantik seperti rakan blogger itu. Lebih menarik, kadangkala cara-cara mengenakan ‘make-up’ juga diajar secara intensif langkah demi langkah agar pembaca blog dapat mengikuti dengan tepat konsep DIY(Do It Yourself) ini. Mudah bukan? Sememangnya teknologi maklumat memudahkan segala-galanya.

Yang Mengikut

Umpama menilik katalog professional informasi dan pengetahuan yang dipelajar daripada laman web ini akan dicerna di dalam otak para remaja muslimah khususnya dan disini berlakulah pergolakan tolak dan tarik, prinsip lawan tekanan masyarakat, kebiasaan dan fesyen semasa. Yang menang akan menjadi hala tuju baru adik-adik dalam menampilkan diri dengan lebih berkeyakinan di khalayak ramai.

Pendirian yang menang juga akan menjadi paksi pergantungan adik-adik dalam membuat keputusan kelak apabila membeli belah pakaian adik-adik. Seumpama satu perjanjian, dengan bulatnya tekad dalam memilih pendirian baru, adik-adik kini seakan-akan menjadi  seseorang yang baru dengan personaliti baru yang sudah difikir semasak-masaknya.

Tekongnya

Kebanyakan adik-adik yang berkongsi video atau blog post sedemikian berniat baik, mahu berkongsi ilmu, menyebarkan cara menzahirkan keindahan kurniaan Allah SWT agar tampil lebih istimewa dari biasa. Dan sememangnya video-video sebegini mendapat sambutan yang menggalakkan berdasarkan jumlah statistic tontonan. Itu tidak syak lagi.

Rasanya jika ditanya motif atau tujuan di sebalik penghasilan video-video ini pun, boleh jadi ini jawapannya.

“Kami mahu mengubah pandangan orang bahawa menutup aurat itu imej kekampungan, tampak selekeh, selebet dan terlalu ‘plain’. Ia juga boleh jadi sesuatu yang cool, urban, menarik dan cantik, jadi semakin ramai akan rasa mahu bertudung!”

“Ini sebahagian daripada dakwah bukan?”

“Saya mahu berkongsi ilmu. Takkan nak cantik seorang diri. Itu kedekut ilmu namanya. Niat saya baik”

“Tak salah bukan, Allah sukakan keindahan kan?”

Termenung panjang saya memikirkan jawapan sebegini.
 …………………..

Betulkah jawapan-jawpan yang diberi dengan skema jawapan yang dikehendaki? Benarkah begitu?

Sebenarnya hari ini saya tidak mahu menulis berkenaan jawapan sebenar persoalan-persoalan yang dilontarkan di atas. Sebaliknya melalui kisah di atas, saya ingin membawa adik-adik menelurusi cara kita semua berfikir tatkala berhadapan dengan imej dunia baharu ini dengan harapan pada akhir perbincangan ini adik-adik sendiri akan menilai jawapan kepada soalan-soalan di atas.

Siapa Wanita?

Disebalik suara lantang yang mengatakan bahawa apa yang sedang dilakukan adalah satu proses memberi makna baru kepada pemakaian Islam agar dipandang tinggi, sedarkah adik-adik bahawa,ironinya  kita; dengan tangan kita sendiri sedang secara halusnya merendahkan nilai seorang wanita itu sendiri?

Mengapa saya berkata demikian? Sebab, pada masa kini, sedar atau tidak imej wanita begitu rendah sehingga yang kerapkali dikaitkan atau menjadi tumpuan lambakan minat hanyalah pada aspek memanipulasi keindahan insan bernama wanita di khalayak ramai sahaja. Sedangkan wanita bukan hanya dijadikan sebagai pemuas halua mata sang lelaki-lelaki ajnabi (asing).

 Ya tidak salah ingin kelihatan ‘presentable’, yang mana sememangnya Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dan keindahan. Namun adik-adik kehidupan seorang wanita di dunia ini bukan hanya berkisar tentang mahu menjadi cantik, digilai ramai, dipuji dan dimegah-megahkan. Bukan. Pernahkah adik-adik mendengar kata-kata tangan yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia? Ya pepatah itu menggambarkan betapa besarnya kuasa dan peranan yang boleh dimainkan wanita jika dilakukan di dunia ini dengan serius walaupun tidak melebihi seorang lelaki.

Malangnya, wanita pada zaman sekarang telah hilang semangat perjuangan seperti wanita-wanita di zaman Rasulullah SAW. Kebanyakkan daripada kita telah leka dibuai arus kejahiliahan yang dibungkus dengan jenama pembaharuan agama. Walhal kita sedang ditertawakan barat kerana cuba kelihatan moden dan intektual lalu hanya berjaya menciplak rupa luaran sahaja sedangkan otak masih ketinggalan di belakang.

Kita cuba mengubah dan memberi pembaharuan terhadap berbagai hukum hakam seakan-akan apa yang telah disyariatkan atau yang telah terbiasa dilakukan itu terlalu membosan padahal terlalu banyak hal lain yang boleh dilakukan untuk memberi inspirasi kepada muslimah-muslimah di luar sana agar membaiki diri terutamanya dari segi kekuatan iman dan jiwa supaya boleh diluahkan dengan perlakuan. Sayang seribu kali sayang adik-adik, wanita pada hari ini hanya sibuk untuk memperelok rupa luaran sehingga terlupa mengisi dalaman dengan ilmu dan iman dan keindahan hati. 

Lalu Adik-adik, jadilah kita seperti belon beraneka bentuk yang indah dipandang dan dicemburui namun pada hakikatnya bila dicucuk, meletup, isinya kosong tak berguna lagi. Kita mungkin marah, geram dan berasa tidak puas hati membaca penyataan ini, tetapi salahkah telahan itu? Sama-samalah kita fikirkan. Ikuti sambungan perbincangan ini pada Bahagian 2: Hikayat Bidadari Syurga?

Article ini juga boleh dibaca di : http://muslimteendigest.my/hikayat-bidadari-syurga