Banyak kekurangan, kesedihan, keaiban yang orang sembunyikan menampakkan hidup mereka lebih baik dari kita. Walhal mereka berjuang menjaga maruah, menjaga iman, menjaga akidah yang paling penting menjaga nama Rabb yang Pengasih, agar tidak dilabel tidak pengasih oleh si lemah iman yang mendengar kisah mereka.
Hentikan rungutanmu, rintihanmu, bangkitlah sebagai orang yang berusaha tanpa bermimpi untuk menghirup hasilnya.
Kerana pada satu ketika, di kala rumah Hassan Al-Banna menjadi sasaran untuk di bom,mereka terpaksa dipindahkan dan menumpang di rumah saudara mara. Di kala itu isterinya berkata "Tidak mengapa suamiku, kita hanya memerlukan rumah yang kecil sahaja, jadi sediakanlah yang sangat sederhana" tetapi Hassan Al Banna dengan yakin menjawab "Tidak isteriku, rumah kita bukan di sini, rumah kita dibina di syurga".
Usaha
Berusaha untuk mencapai apa yang dijanjikan tetapi tidak bermakna kita harus mendapat hasil yang sama dengan usaha orang lain di dunia ini. Inilah tanggungjawab kita, berusaha yakni sunnatullah di dunia ini. Selainnya tawakkal sahaja.
Namun kesalahan kita adalah kita suka membanding-banding takdir lantas menjadikan kita orang yang paling berdendam dengan takdir sendiri. Di dalam fikiran kita menyusun-nyusun perjalanan dan kronologi hidup lalu ditambah dengan apa yang sepatutnya berlaku. Malangnya ini hanya akan menjadi satu kisah istimewa dan gembira jika susunan itu sama dengan rangkaan di kotak fikiran.
Jika sebaliknya?
Muncullah manusia yang menyoal-nyoal takdir. Kenapa aku sudah buat begini tetapi jadi begini? Kenapa aku berusaha tapi tak dapat sedangkan dia tak berusaha langsung di campur dengan akhlak yang buruk tetapi masih dapat. Lihatlah bagaimana nikmat kepada yang lain kita jadikan racun kepada diri sendiri.
Bukan semua yang buruk itu buruk. Jika tidak masakan Asiah yang baik diperisterikan Firaun? Mengapa Nuh sebagai nabi di khianati isterinya? Mengapa Nabi Ayub baik tak ada cela diuji sebegitu rupa, apa dosanya, ya jawapannya kerana tidak melakukan dosalah.
Mungkin kita semua telah lemak mendengar kisah-kisah bahagia ustazah-ustazah di laman blog yang menceritakan kronologi kehidupan mereka yang tampak sempurna kerana memilih jalan Allah. Kita juga lemak menontoh rancangan televisyen berbentuk kegamaan yang bahkan semuanya seakan-akan sempurna. Yang menanggung resah dan bebannya adalah hati kita di kala yang di minta-minta diganti dengan selainnya.
Wahai sahabatku. hentikan permainan perbandingan itu. Jalankan sunnatullah-mu dan yakinlah di jalan itu. Semoga Allah melimpahkan kepada kita semua kekuatan untuk terus berada di jalan ini, insya Allah.
Do it for Allah then He will guide you.
setuju! redha dengan takdir itu payah bila ia tidak menepati spesifikasi yang kita inginkan yang terbina hasil menonton cereka2 di tv... yg penting kita bina persepsi kehidupan berdasarkan kisah2 yg sudah tersedia dalam kitab al-Quran..
ReplyDeletep/s: u r rite jaime aku mmg lemak dgn cerita2 bahagia sebegitu
itu sebab sebab haritu i met my friend yang asyik asyik compare hidup dia dengan cerita-cerita perfect dari blogger dan people we followed in FB. memang takkan sama, u'll end up rasa kurang bersyukur bila buat macam tu.Padahal kita masing-masing lain jalannya dan lebih baik utk kita :)
ReplyDeletejazakillah atas perkongsian ya ukhti. memang kita manusia sifatnya begitu kan, sedangkan Allah telah berfirman, boleh jadi kamu suka sesuatu sedangkan ia tdk baik bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagimu. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui...
ReplyDeletebarakallahu fiq al Farafisyah. betul tu sedikit sebanyak akan terbanding jugak. societal pressure katakan.
ReplyDelete