Terkadang,
Hidup terlalu melelahkan
Lantas melemahkan
Caca merba campuran maha gila!!!
Seakan memecut di acara lumba
Akhirnya semua rebah dipalit luka
Terkadang
Hati terlalu sesak
Mungkin syaitan yang berangkara
Celaru tak surut juga
Ibarat peluru, meriam, bazooka segala.
Mencarik-carik seketul daging.
Yang lemah tetapi raja,
Buat di tembak, ditikam lumat habis semua.
Apa katanya…hikmat Super saiiya??
Malam-malam aku berkata
Bukan gila bukan juga kecewa.
(pfff!! &^%^&E%^)ghjwe!)
Cuma lelah bercampur hampa
Oh God aku mahu di
syurga!
Hidup selamanya
memaknakan bahagia dan cinta,
Tak tergambar di kamus manusia
Apatah lagi di kamus BESTA
Penuh gelak tawa
Di mata-mata jeli bercahaya
menghirup 99% rahasia kasih rahmatNya,
buat hamba yang benar-benar PERCAYA.
DIA ada!! dan kita kan berjumpa!!
Berteman si ‘penyejuk mata’
Yang sempurna lagi terjaga
Serasanya yang tak terlukis si hina pena
Tak tertulis hamburan kata
Di sana ada indah wajahNYA,
Juga ada baginda
dan
Ku mahu dia tersenyum tatkala aku berkata
“Ya Rasulullah dalam pahit dan kesempitan raga
aku telah menyampaikannya,
sehabis daya, seluruh jiwa, segenap nafas dan juga
nyawa
sungguh aku cinta!”
Dan Baginda cuma ketawa
Katanya “Rilex dah la..jangan menangis, ini syurga”
Dan aku pun rasa bahagia.
~syurga itu ada...semoga ia menjadi motivasi untuk kita terus istiqamah...ameen
ReplyDeleteya istiqamah untuk berjuang.tak lelah dengan kesusahan...walaupun tersangatlah memenatkan.insya Allah sama-samalah.Ameen,
ReplyDeleteAssalam'alaikum!
ReplyDeleteKak JJ! Saya suka sangat puisi sempoi, selamba dan best ni ^_^
**- Orang muda yg penah tengok dragon ball
hehehe waalaikumussalam ummu durrah. tq. Agak-agak Nabi nak cakap gitu ke ;P
ReplyDelete