Tawakkal bukan mudah. Tidak semudah sebutannya. Tambahan bagi yang suka berusaha dan menang sentiasa.
Tawakkal menguji sifat kehambaan manusia. Melepaskan daya usaha kepada pergantungan tanpa syarat kepada yang Esa. Melepaskan lintasan bersangka-sangka kepada ku terima apa sahaja. Menukar dari keegoan manusia pencorak ceritera kepada Dia yang Maha Tahu semuanya.
Mengapa susah?
Kerana di saat kita bertawakkal, kita sudah kehabisan usaha, ikhtiar dan doa. Sudah sepatutnya kita melepaskan belon berisi helium di tangan. Tapi betapa sukarnya tawakkal, menyebabkan hati jadi sempit, sesak dan terhimpit kerana terfikir-fikir nasib belon yang terlepas, padahal mungkin sahaja belon itu akan didapatkan semula, atau diberikan makhluk yang bisa terbang yang lain sebagai gantinya, siapa tahu malaikat mungkin? Burung Garuda?
Itu bukan halnya, yang pasti, apa sahaja jawapan daripada usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal itu pasti yang terbaik.
Sungguh, Allah sedang mendidik.
Ya Allah, jadikanlah kami, manusia-manusia yang bertawakkal kepadaMu, bulat pergantungan kepadamu, tiada soal bicara, percaya kesemua raga. Ameen.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali Imran:159)
Katakanlah! Kami sekali-kali tidak akan ditimpa musibah, kecuali apa yang telah ditakdirkan Allah kepada kami dan orang-orang beriman hendaklah bertawakkal sepenuhnya kepada Allah itu. (At-Taubah: 51)
ya Allah, ajarlah kami untuk tidak berburuk sangka padaMu tatkala ditimpa musibah. ajarlah kami untuk bersabar dan redha sepertimana telah Kau ajar para kekasihMu sebelum kami!
ReplyDeleteamin ya Allah!
Ameen ya Rabb.
ReplyDeleteAmeen!
ReplyDelete