“Dah tengok The Arrivals? Tengok la. I’m addicted to it. Dajjal nak datang!”
Entah mengapa, sedari awal saya kurang berminat dengan video ini. Bukan kerana tidak takut akan fitnah yang telah dijanjikan Allah di akhir zaman iaitu turunnya Dajjal ke muka bumi tetapi kerana berlakunya percanggahan atau pun “information disparity” yang sangat hebat antara penutur-penutur yang menyatakan mereka amat terkesan dengan siri The Arrivals dengan perlakuan mereka yang masih jauh daripada hakikat yang membuktikan sesungguhnya mereka terkesan dengan video ini.
Jika hanya menonton, dapat informasi tentang The Arrivals, tahu Dajjal nak datang tetapi masih mengamalkan gaya hidup yang mengagungkan hedonism, kejahiliahan dan terlalu mengejar keseronokan duniawi seperti biasa, tak terkesan lah tu. Dan di situ hakikat sebenarnya akan terjawab yang mana siri itu cumanya kita anggap sebagai satu lagi media hiburan yang pintar yang mana ianya diakui sangat menarik kerana bersifat penyelesaian masalah, menyambung titik-titik persoalan yang akhirnya merungkai jawapan yang menakjub dan mengejutkan kita.
Tersangat silap lah jika kita menyangka mengetahui adalah meyakini.
Meyakini itu harus disertai amalan manakala mengetahui bisa saja bersifat tidak tenggelam dan meresap di dalam hati kerana hanya diperhatikan sepintas lalu. Tambahan pula, ada saja babak-babak di dalam siri The Arrival yang kurang sesuai ditonton yakni menjolok mata dan boleh menghitamkan hati, jadi tidak hairanlah mengapa ada antara penonton-penonton siri ini tersilap dalam memahami makna terkesan itu sendiri. Bukan bertujuan memperkecilkan pembuat video itu, jauh sekali malahan berterima kasih kerana sudi berkongsi hasil kajian mereka yang penting tu, sebaliknya mahu mengajak kawan-kawan termasuk diri sendiri sebagai penonton-penonton berfikir semula dengan apa yang dimaksudkan menonton sesuatu yang membawa manfaat.
Mari kita fikirkan semula, betulkah kita terkesan atau kita sedang hanyut dengan satu lagi permainan media masa yang mana kita sendiri mengemudi kehanyutan itu menggunakan nafsu kita?
Permainan syaitan itu sangat licik.
No comments:
Post a Comment