Wednesday, February 2, 2011

Nasihat Lukman El Hakim

Membaca karya Ibrahim Abdul Muqtadir mengundang hiba. Wisdom of Luqman El-Hakim – 12 Cara membentengi kerusakan akhlak.

Betapa kecilnya diri ini dalam membalas jasa ibu bapa dan betapa besar dan beratnya tanggungjawab seorang anak dalam memuliakan makhluk Allah yang mesti disayangi sepenuh hati setelah Allah dan Rasulullah (jika masih belum bersuami).

Menelusuri penulisan yang lembut menasihati, aku kira air mataku bergenang memikirkan sepanjang usiaku 25 tahun telah berapa kali aku memasamkan muka kepada ibu bapaku apabila tidak bersetuju dengan pandangan mereka, berapa kali sudah aku mendahului ibu bapaku dalam mengambil lauk pauk, sudah berapa kali aku berlalu laju melintas di hadapan ibu bapaku tanpa rasa takut?

Kamu sangka aku membesar-besarkan cerita..?

Seorang sahabat Nabi pernah berkata ketika ditanya mengapa takut makan sepiring dengan ibunya,

“Demi Allah tanganku khuatir mendahului tangan ibuku, dengan demikian aku mendurhakainya”

Perjalanan dalam mempelajari ilmu alam, ilmu Allah masih panjang. Aku bersyukur masih dipinjamkan Allah kedua-dua ibu bapa untuk aku taburi jasa, aku jaga, aku limpah kasih mesra seorang anak yang mahu membuka pintu syurga di tapak kaki mereka, insya Allah.

p/s: korang (especially najib & soya) buku yang bagus untuk ibu bapa (bakal pun boleh ) dan anak-anak yang mahu belajar memuliakan ibu bapamu. :)

2 comments: